Kata
orang cinta kedua tak seindah cinta pertama malah cinta kedua itu selalunya
akan membawa kebahagiaan kepada kita. Kata-kata itu memang tidak dapat
dinafikan apatah lagi disangkal bila buktinya ternyata ada didepan mata kita, namun sebaliknya pula berlaku pada insan nan ayu ni. Pahit mana sekali pun kenyataan itu
Arwinna harus menerimanya jua meskipun
seluas lautan airmatanya gugur, meskipun sedalam jurang Mariana hatinya
merintih dan merayu, takdir yang tertulis tidak dapat mengubah nasib hidupnya.
Perkenalannya dengan Aidil Shah Fitri telah banyak mengajarnya erti cinta dan
kehidupan. Setelah 3 tahun berlalu Aidil
Shah Fitri telah pergi dari hidupnya.
3
tahun yang lalu.
“Hanna,
awak sayang saya tak?”soal Aidil Shah Fitri.
“Mestilah
saya sayang awak. Kenapa awak tanya macam tu,awak tak yakin pada cinta saya
terhadap awak?”soal Hanna Arwinna.
“Awak walau apapun terjadi kepada hubungan
kita nanti, saya nak awak tahu yang saya sayang sangat kat awak.”ujar Aidil
Shah Fitri lagi.
“Awak
tolong jangan cakap macam tu, saya tak mahu dengar lagi. Saya sayang awak, saya
takut kehilangan awak.” balas Hanna Arwinna. Aidil Shah Fitri hanya mampu
tersenyum mendengarnya.
‘Hanna
sebenarnya saya terpaksa melepaskan awak tapi saya tak tahu macam mana nak bagi
tahu awak. Adlina bekas kekasih saya mahu saya menjalinkan semula hubungan kami
yang terputus dulu, cinta pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan.
Begitu jugalah dengan saya awak,saya memang sayang dan cintakan awak tapi hati
saya lebih kepada dia. Saya tak mampu untuk memiliki kedua-duanya, awak terlalu
polos untuk disakiti namun apakan daya,saya harus memilih salah satu antara
awak dan dia. Saya telah memilih untuk menerima Adlina kembali. Terima kasih
kerana telah membahagiakan hari-hari sepi saya walaupun cuma seketika, maafkan
saya Hanna.’desir hati Aidil Shah Fitri.
*******
“Aidil
saya tengok awak latelly ni macam nak
tak nak je layan saya. Bila saya ajak awak keluar lunch,awak kata awak
sibuk,bila saya ajak awak pergi picnic
awak cakap awak tak sihat. Awak macam mengelak dari saya,kenapa Aidil saya ada
buat salah pada awak ke?”soal Hanna keliru.
“Tak
ada apa-apa, saya ada banyak assignment la.” balas Aidil acuh tak acuh.
“Tapi sebelum ni awak tak macam ni,walau
sesibuk mana pun awak tetap keluar dengan saya. Awak tetap layan saya macam
dulu. Awak ada masalah ke? Kalau awak ada masalah ceritalah dengan saya.”
“Awak
ni tak faham bahasa ke? Saya cakap tak ada apa-apa, tak ada apa-apalah.
Kenapalah awak ni degil sangat? Saya rimaslah”tengking Aidil Shah Fitri
kemudian berlalu pergi. Hanna Arwinna terkedu,belum pernah sekali pun Aidil
menengkingnya sepanjang perkenalan mereka. Apa yang dah terjadi sebenarnya,
kenapa Aidil berubah dengan begitu mendadak sekali? Setiap panggilan Hanna kini
sekali pun tidak dijawap,apatah lagi membalas mesejnya. Setiap kali bertembung di
perpustakaan mahu pun di kafe Aidil pasti akan mengelak untuk bertemu
dengannya. Hanna keliru. Kekeliruan itu membuatkan Hanna terpaksa berkeras untuk
bertemu dengan Aidil, perkara ini harus dibincangkan.
“Aidil
saya nak bercakap dengan awak.”ujar Hanna Arwinna tegas.
“Awak nak cakap apa, awak tak nampak saya
tengah sibuk ni?”
“Aidil
kita kena bercakap ni soal hubungan kita. Kenapa awak buat saya macam ni, apa
salah saya pada awak?”
“Awak
tahu apa salah awak? Awak nak tahu apa salah awak? Salah awak sebab buat saya
mencintai awak. Saya tak tahu macam mana saya boleh jatuh hati pada awak”
“Kenapa
saya? Saya tak pernah paksa awak mencintai saya, saya cuma beri awak peluang
untuk mencintai saya. Sama ada awak nak atau pun tidak itu hak awak, kalau awak
tidak mencintai saya kenapa awak bagi saya harapan? Kenapa awak buat saya
terima awak? Awak yang buka pintu hati saya untuk terima cinta awak, bila saya
dah mula mencintai awak, dah mula sayang pada awak, awak pula mahu
menghancurkan cinta saya pada awak.” Ujar Hanna dalam linangan airmata.
“Saya
sebenarnya langsung tidak mencintai awak. Saya cuma mahu mempermainkan awak tak
sangka pula yang awak benar-benar mencintai saya.”ujar Aidil Shah Fitri
bersahaja.
“Kenapa
awak? Kenapa awak buat saya macam ni, apa salah saya pada awak?”soal Hanna
Arwinna
“Saya
nak awak rasakan apa yang pernah saya rasa. Saya nak awak rasa macam mana
sakitnya dipermainkan dan sakit ditinggalkan kekasih kerana itu yang saya rasa
saat bekas kekasih saya tinggalkan saya dulu.”
“Apa
salah saya awak? Apa salah saya pada awak? Sanggup awak buat saya macam ni
sedangkan dihati saya sedikit pun tidak pernah terlintas mahu menyakiti hati
awak. Setulus hati saya mencintai awak tapi awak sanggup hancurkan seolah-olah
awak tidak punya hati dan perasaan. Awak kejam awak jahat saya benci awak.”Ujar
Hanna Arwinna dan berlari pulang ke kediaman Aspurinya. Di bilik Hanna
menghamburkan tangisannya.
“Arrrggggggggghhhhhhh…………….”jerit Hanna
rakan-rakan sebiliknya terkejut mendengar jeritan Hanna segera melihat
keadaannya namun pintu biliknya terlebih dahulu dikunci dari dalam.
“Hanna
kenapa ni? Are you ok?”soal Akma salah seorang rakan biliknya sambil mengetuk
pintu bilik mereka namun yang kedengaran suara tangisan Hanna.
“Hanna
jangan macam ni nanti awak sakit.”ujar Syahida pula. Mereka segera membuka
pintu bilik menerusi kunci kedua yang ada dalam simpanan Akma. Sebaik sahaja
pintu Berjaya dibuka alangkah terkejutnya melihat keadaan Hanna ketika itu.
*********
Desiran
angin sejuk menyapa tubuh seorang gadis yang sedang berjalan-jalan digigi air.
Ombak kecil bermain-main di kaki gadis itu. Sejenak gadis itu berhenti dan
melabuhkan punggungnya duduk di atas pasir yang memutih dipinggiran pantai itu
sambil merenung jauh memerhatikan terbitnya matahari dipagi nan indah itu.
Segalanya telah berlalu kini sudah 3 tahun dia meninggalkan alam siswazahnya,
kini dia sudah bergelar seorang pensyarah di salah sebuah Universiti tempatan. Akma sudah berjaya menjadi seorang
akauntan negara tidak lama lagi akan bergelar isteri orang. Syahida pula sudah
memiliki dua cahaya mata sedangkan dirinya pula masih tercari-cari cinta
sebenarnya.
“Awak
kini sudah 3 tahun berlalu. Saya masih tak dapat melupakan awak namun apa yang
pasti rasa cinta saya pada awak kini sudah hampir terpadam, sehingga kini juga
saya masih belum jumpa pengganti awak. Bukan kerana tidak ada yang mahukan saya
tapi saya telah tutup pintu hati saya untuk semua lelaki sejak hari pertama
awak tinggalkan saya. Sukar untuk saya mencari pengganti yang sama persis awak
namun saya yakin Allah S.W.T telah menetapkan jodoh yang lebih baik untuk saya,
saya hanya mahu berpegang pada prinsip cinta selepas ijabkabul itu lebih indah.
Saya percaya suatu hari nanti saya akan bertemu jua dengan jodoh saya yang
sebenarnya. Awak walau dimana pun awak berada saya doakan awak bahagia meskipun
bukan bersama saya.”ujar Hanna sendirian.
“Tahniah
Ma,lepas ni korang nak honeymoon kat mana?”soal Hanna Arwinna mengusik
pengantin baru Akma dan Aidit.
“Tak
tahu lagi, yang tu kena tanya Akma la.”jawab Aidit.
“Erm
Hanna rasa kalau tanya Akma jawapanya mana lagi kalau bukan Cameron. Tempat
kesukaannya betol tak Ma?”usik Hanna Arwinna lagi.
“Hanna
lepas ni kau nak ke mana?”soal Akma
“Aku dapat tawaran buat master dekat luar
negera. Bumi kangaroo, seperti yang pernah aku cakapkan dulu. Memang aku teringin
sangat menjejakkan kaki ke sana. Insya-Allah dalam 4 tahun lagi aku akan balik sini semula.
Minggu depan aku akan berangkat ke sana.”ujar Hanna Arwinna.
“Hanna
kau masih ingat Aidil lagi ke?”soal Akma lagi.
“Bohong kalau aku kata aku tak ingatkan
dia. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia lagi pun dah tiga tahun berlalu.”
“Sabarlah
Hanna semua ni ada hikmah disebaliknya”pujuk Akma
“Thanks
Ma.”ucap Hanna Arwinna
Kini
selamatlah sudah Hanna menjejakkan kakinya di bumi kangaroo ini, walau perit
mana sekali pun kenyataan itu. Hanna harus menerima hakikat yang satu ini. Life must be go on, gagal sekali bukan
bererti gagal untuk selamanya. Kata- kata nista yang pernah Adlina lemparkan
dulu menjadi penguat semagat untuk Hanna teruskan hidup. Dia harus membuktikan
yang dia bukan perempuan murahan seperti yang dituduh oleh Adlina. Segala
memori bersama Aidil Shah Fitri telah Hanna tinggalkan sewaktu dia meninggalkan
balai berlepas. Semoga dia menemui kebahagiaan yang dicari selama ini dan
semoga dia menemui pemilik sebenar tulang rusuknya sebagai mana Adam kembali bertemu
Hawa. Amin.
Created ,
menarik :)
ReplyDeleteterima kasih
Deleteknpe.. de sedikit sme..ngan pe yg ku rsai..warghhhhh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete