Pages

Chatroom



Wednesday 23 May 2012

Novel:Jangan Lepaskan Cinta Itu(sinopsis)



Watak Utama:Dhia Qristina
                       :Tengku Syafwan Tengku Zakri
Watak Sampingan :Rohaidil Fitri
                               :Razif Zafir
                              :Erna Ruzaini
                              :Fieda Raizora


      Dilema dalam memilih institiut pembelajaran sudah selesai. Puas dimohon pada semua IPT namun tidak satu pun menerimanya kerana kos yang diminta tidak dapat memenuhi syarat-syaratnya. Bukan tidaknya dia pandai dalam pelajaranya cuma syarat yang ditetapkan kini berbeza sedikit.Pertama kali belajar berdikari jauh dari keluarga membuat Dhia Qristina menjadi lebih matang. Dugaan demi dugaan datang bertimpa-timpa tanpa belas kasihan pada insan comel ni.
     
       “Aku harus kuat demi cita-cita ku.Aku tak harus menyerah kalah,hapuskanlah air mata mu itu Dhia. Dah samapai masanya kau mengapai kebahagian yang sepatutnya kau dapat sejak dulu lagi”-Dhia Qristina
         
     Namun tak semudah itu Dhia Qristina dapat menghapuskan air mata yang sering kali tumpah itu dikala dirinya kesepian dan keseorangan.Kenangan lalu mengetuk pintu hati mengores luka dijiwa nan sepi
      
       “Awak saya akui memang silap saya kerana melepaskan awak suatu ketika dulu. Saya menyesal awak. Saya harap awak sudi terima saya kembali saya masih sayangkan awak. Tolong jangan hampakan saya awak,saya merayu pada awak-Rohaidil Fitri
         
        Disaat kebahagian itu hampir digapai sekali lagi Dhia Qristina menghadapi dilema. Antara cinta Tengku Syafwan Tengku Zakri atau kasih Rohaidil Fitri.
   
     “Saya tak kisah kalau awak nak balik pada dia Dhia.Saya faham cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Saya rela undur diri demi kebahagian awak.Sekiranya awak bahagia saya turut merasakannya”-Tengku Syafwan Tengku Zakri
              
      Dengan hati yang terluka Dhia Qristina  membawa diri, kata-kata Tengku Syafuan menguris hatinya. Dia bukan barang permainan yang boleh dibagi kepada orang lain sesuka hati.Disaat hari bahagianya hampir tiba Dhia Qristina dilaporkan hilang. Adakah kebahagiaan yang dicari selama ini tidak akan tercapai. Kemanakah perginya Dhia Qristina? Siapakah pilihan hatinya. Adakah Tengku Syafwan Tengku Zakri atau Rohaidil Fitri?

                  Jangan Lepaskan Cinta Itu dapat mengungkap segalanya.

Ambillah Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir
Itu adalah sumber kekuatan

Ambilah waktu untuk bermain
Itu adalah rahsia dari masa
Muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa
Itu adalah sumber ketenangnan

Ambillah waktu untuk belajr
Itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk menyintai dan dicintai
Itu adalahhak istimewa yang diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat
Itu adalah jalan menuju
KEBAHAGIAAN

Semalam


Semalam aku menyusuri pantai
Tatkala hati dalam keresahan
Semalam aku menyusuri pantai
Tatkala hati dalam kesedihan

Semalam hatiku terluka
Semalam hatiku menangis
Seiring dengan kesuraman
Warna bulan

Malam ini warna bulan cantik
Teramat cantik bagai permata
Tapi sayang hati ku tidak sebegitu
Hatiku masih sama seperti
Saat aku menyusuri pantai
SEMALAM......

Haiku Buat Kekasih


















Ku kira jalan ku betul dan langkah ku tepat
Tapi rupanya aku salah dan aku tersesat
Ku kira ku berenang di lautan dan terbang diawan
Tapi rupanya aku diburu kemelut dan aku tewas
Sayang,

Maafkan aku kerana mengangu
Tidurmu nan lena esok
Selepas kasedar bahawa aku telah
Tiada angaplah aku sudah pergi
Namun andai masih ada
Bayang-bayangku lagi
Janganlah kau biarkan tanpa hala
Kutip dan lepaskanlah kembali aku ke
LAUT...

Selamat datang ke Nia Hanie Blogger

Assalammualaikum...
Nama saya Nia Hanie Arwinie just call me Nia Hanie
ni just nama samaran saya. 
Nia singkatan nama sebenar saya
Hanie sebab orang cakap saya wajah saya sweet n comel
Arwinie erm sebab saya suka Winne The Pooh...
hehehehehe....tak la...Arwinie 2 just penambah 
perisa je bg sedap cikit nama 2...n law nk tahu saya memang suka Kartun
terutama kartun Malaysia Kampong Boy karya Dato' Lat.

Sejak jadi student ney saya memang sibuk dan jarang on9
blog ney sy xthu nak jadikan blog ape
saya akan cuba up-date status saya.

Kini saya sedang dalam penulisan sebuah novel saya akan up-date
sinopsisnya. Anda bolehlah bace dan berikan komen dan pendapat anda.

SEKIAN TERIMA KASIH
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Wednesday 16 May 2012

Kawan, Sahabat, Rakan dan BFF


bila ada ayat sedih kita kata dy touching
bila ada ayat geram kita kata dy marah
bila ada ayat panas kita kata dy mulut laser

tapi,
pernah x kita terfikir kenapa dy touching...???
pernah x kita terfikir kenapa dy marah...???
pernah x kita terfikir kenapa mulut dy laser...???

kita nak dy hargai diri kita
kita nak dy hormati diri kita
kita nak dy jaga hati dan perasaan kita

tapi,
pernah x kita hargai diri dy...???
pernah x kita hormati diri dy...???
pernah x kita jaga hati dan perasaan dy...???

kita hanya pndai mengatakan:
"dy kawan baik saya sejak dari kecik"
"dy sahabat baik saya sejak dari zaman sek rendah"
"dy rakan baik saya sejak sekolah menengah"
"dy best friend forever(BFF) saya sejak dari zaman kolej"

kita sibuk tulis kt fb kt dy 'BFF' kita
kita sibuk wt group BFF kita
kita sibuk wt list name BFF kita

tapi,
pernah x kita faham apa itu kawan baik...???
pernah x kita tahu erti sahabat baik...???
pernah x kita tahu istilah sebenar rakan baik...???
pernah x kita dalami makna sebenar BFF...???

dy kawan baik kita hanya pada nama
dy sahabat baik kita hanya pada bibir
dy rakan baik kita hanya pada kertas
dy BFF kita hanya pada muka buku(fb)

seandainya kita sahabat baik dy kita harus tahu kenapa dy sedang bersedih
seandainya kita rakan baik dy kita harus tahu kenapa dy marah
seandainya kita BFF dy kita harus tahu kenapa mulut dy laser

xsemua orang suke menceritakan masalah mereka
xsemua orang suke berkongsi masalah mereka
xsemua orang suka menghebohkan masalah mereka

sebagai kawan, sahabat, teman dan BFF yang baik apa salahnye jika kita memberi kepercayaan kepada dy untuk menceritakan masalah yang dia hadapi mungkin kita tidak dapat membantunya tapi sedikit sebanyak dapat meringankan rasa yang ada dengan meluahkan apa yang dy rasa dan kepercayaan itu janganlah sesekali dikhianati
kerana sekali kepercayaan itu dikhianati selamanya ianya xkn kembali...saya sedar diri ini tidaklah sesempurna mana,diri ini terkadang alpa,diri ini terkadang sesat dlm duniawi maka itu diri ini amat memerlukan teman, sahabat, rakan yang mampu membimbing ke arah yang benar dan mnjadikan diri ini sempurna meski pun hanya di mata Allah S.W.T...sekiranya yang hanya pandai berkata2 tp tidak pandai melaksanakannya maka dy adalah antara orang2 yang rugi dalam memperbaiki kelemahan diri...ini adalah untuk semua dan diri sendiri sebagai peringatan dan kesedaran dalam menilai peribadi seseorang...dont look the book only on his cover....tp selamilah isi yang ada insya-Allah dengan cara itu kita dapat memahami apa yang terkandung didalamnya...

p/s:bukan nak tujuk pandai dalam memberi nasihat kepada orang lain tapi inilah yang terjadi di masa kini xpndai menilai keperibadian seseorang hanya mahu orang memberikan segala yang sempurna utk dirinya tanpa memikirkan perasaan orang lain...happy always...♥♥♥

Wednesday 9 May 2012

Inikah yang dinamakan cinta suci?


Keliru


 Sejak malam itu Elesh tidak dapat melelapkan matanya, fikirannya merewang mengingati kejadian pada malam itu. Kata-kata Rayyan Hanafi benar-benar membuatkan fikirannya bercelaru, biar betul mana mungkin Irfan mencintainya sedangkan mereka selama ni cuma rakan setugas dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof.Maizah.
“ Biar betol mamat sorang ni pening ke ape? Habis tu Si Mayra Rayna dia yang vogue tu dia nak campak mana? Hish tak mungkin..tak mungkin Rayyan salah dengar ni.”gumam Nur Aina Elesha sendirian.
“Apa benda yang kau bebelkan sorang-sorang tu Elesh oi.”soal Mai Sarah
            “Oh pocot mak kau meletup.”latah Elesh
“Mak kau meletup..mak kau meletup..mak aku dah tak meletuplah anak dah ramai buat apa nak meletup lagi.”
            “Kau nikan Mai boleh tak kalau masuk tu bagi salam dulu, ney tak main segah je nasib baik aku tak de sakit jantung kalau tak dah lama aku arwah taw.”bebel Elesha lagi
“Aku dah lama tercongok kat muka pintu bilik kau tu, kau je yang tak perasan asyik membebel je dari tadi. Apa yang kau bebelkan tu Elesh?”soal Mia Sarah.
            “Tak de pape la Mai.”
“Ye la tu xde pape..bukannye aq tak kenal ko 2 perahsia benor. Kalau boleh semua benda kau nak sorokkan dari aku. Elesh kau dengan aku kita kawan sejak dari kecil lagi tau, sedih kau sedih aku juga, sakit kau sakit aku juga.”ujar Mai Sarah.
            “Tadi aku jumpa Rayan, dia cakap Irfan cintakan aku.”balas Nur Aina Elesha. Telopong mulut Mai Sarah mendengarnya.
“ Haaa..? Kau biar betul Irfan Hairie budak Cartoon Network, anak Dato’ Hairie Zafril tu cintakan kau? Yang satu bilik dengan abang aku tu?”Soal Mai Sarah bertubi-tubi,tidak percaya apa yang didengarinya.
            “Ye la mana ada budak Cartoon Network yang bernama Irfan Hairie selain dia. Mamat poyo yang selalu berkepit dengan tu si Mayra Rayna dia yang vogue tu. Kau ni pandai-pandai je tukar Computer Network jadi Cartoon Network. Tapi ok juga kan? Diploma Computer Network jadi Disney Cartoon Network (DCN)”balas Elesha sempat lagi dia melawak.
“Woi kita ni dah ijazah la. Ishk...gila ke apa mamat tu? Dah la pysko gila, pantang salah sikit habis semua orang dia nak marah. Macam mana dia boleh ada hati dengan kau pulak ni?soal Mai Sarah kehairanan.
            “Tu la aku pun pelik.”balas Elesha.
“Buat tak tahu dah la. Mamat pysko macam tu jangan dilayan.” nasihat Mai Sarah. Elesha hanya mengangguk,’betol juga tu buat apalah aku fikir pasal mamat pysko macam tu. Elok-elok mama papa hantar aku kat sini sihat wal’afiat bila keluar jadi kurang siuman.’gumam Elesha dalam hati.

*********

“Elesha…Elesha…tunggu…”panggil Rayyan Hanafi.
            “Ada apa ni Rayan?”soal Elesha
“Kau nak ke mana tergesa-gesa je aku tengok?”soal Rayyan Hanafi
            “Hari ni hari ape?”
“Khamis, kenapa?”
            “Berapa hari bulan?”
“21 march”
            “Assigment Madam Zuraini dah siap?”
“Ya Allah macam mana aku boleh lupa? Due Selasa depankan?
            “Dah jom ikut aku pergi library”pantas  Elesha menarik lengan Rayyan Hanafi. Mereka bersama-sama menuju ke perpustakaan. Memandangkan perpustakaan mereka agak jauh dari dewan kuliah mereka terpaksa menaiki kereta Myvi Elesha. Rayyan Hanafi,Nur Aina Elesha dan Mai Sarah adalah kawan rapat sejak mereka berumur 10tahun lagi. Mai Sarah dan Rayan Hanafi adalah adik beradik kembar tapi tak seiras. Rayan adalah abang mana kala Mai Sarah adalah adik paling bongsu beza waktu kelahirannya hanya 4 minit sahaja.  Rayyan dan Mai mempunyai seorang abang dan dua orang kakak lagi.Beza umur mereka cuma setahun. Ibu bapa Rayan dan Mai bekerja sebagai doctor, mereka ada membuka klinik sendiri, mana kala Bapa Elesha bekerja sebagai Arkitek dan ibunya seorang usahawan butik muslimah.
“Elesha kenapa kau tak nak terima lamaran Irfan?”soal Rayyan Hanafi ketika mereka sedang berbual di tepi tasik yang mereka selalu duduk di sebuah pondok setiap kali selesai jogging.
“Aku tak de hati pada dialah.”jawap Elesha.
            “Kenapa pula? Ok ape aku tengok si Irfan tu, dari kecik aku tengok kau selalu dingin dengan lelaki semua. Kenapa erk?”
“Mana ada kalau aku dingin dengan semua lelaki habis yang selalu aku duk kepit 24jam ni lelaki la eh bukan perempuan?”balas Elesha
            “Ya tak ya jugak erk?”
“Sebenarnya aku dah bagi hati aku ni pada orang lain cuma orang tu je yang tak tahu.”
            “Kenapa pula orang tu tak tahu?”
“Memanglah sebab aku tak bagi tahu orang tu yang aku dah jatuh hati pada dialah bendul.”balas Elesya.
            “Kenapa kau tak bagi tahu orang tu?”
“Sebab aku tak tahu orang tu pun ada perasaan pada ku ke tak lagi pun aku tak nak meletakkan harapan pada orang tu.”
            “Owh ya ke?”soal Rayyan ada sedikit kecewa dalam hatinya.




*********

“Elesha…Elesha…wait…”panggil Irfan Hairie.
“What else You want from me Irfan? That answer was I give you not enough?”soal Elesha.
            “Kenapa susah sangat awak nak terima saya? Apa salahnya saya?”soal Irfan Hairie
“Ini soal hati dan perasaan Irfan. Hati dan perasaan saya tak boleh dipaksa. Lagi pun saya dah pun bagi hati dan perasaan saya pada orang lain.”balas Nur Aina Elesha
            “Tipu…saya tak percaya. Awak saja cakap macam tu sebab awak tak terima sayakan?”soal Irfan Hairie lagi.
‘Terserah pada awak nak percaya atau pun tak saya tak paksa.”balas Elesha bersahaja. Irfan bengang lantas merentap kasar tangan Elesha yang baru sahaja mahu beredar.
            “Hey apa ni sakitlah”marah Elesha
“Baik awak cakap dengan saya betol-betol siapa lelaki tu Elesha?”soal Irfan Hairie keras
“Apa hak awak nak tahu semua tu? Soal hati dan perasaan saya takde sape boleh masuk campur.”balas Elesha geram. Dasar manusia yang tak faham bahasa betol Irfan Hairie ni.

4 tahun kemudian.

“Mama where is papa?”soal kanak-kanak yang berusia 3tahun itu. Walau pun baru berusia 3tahun namun dia petah bertutur dalam bahasa Inggeris tapi sedikit pelat
            “Papa in bathroom honey?” jawap wanita yang sedang hamil 5bulan itu pula.
“Shell we go to the zoo this afternoon with papa and aunty Mai?”soal kanak-kanak itu lagi.
             “Sure honey.when papa finish you may ask him ok?”balas wanita itu tidak lama kemudian pintu bilik mandi terkuak terserlah wajah Rayan Hanafi yang baru sahaja selesai mandi
“Papa…papa can we go to the zoo this afternoon with Aunty Mai?”soal kanak-kanak kecil itu sejurus sahaja melihat kelibat papanya.
“Yes honey. Now You go and ask Your Aunty Mai Sarah at the kittcen ok? Be careful ya”laju kanak-kanak itu berlari menuruni tangga mendapatkan Mai Sarah yang berada di dapur. Rayyan mendekati isterinya Nur Aina Elesha yang duduk di birai katil.
“Terima kasih abang”ujar Elesha.
            “Terima kasih untuk apa?”soal Rayyan
“Terima kasih kerana sudi terima cinta sayang.”balas Elesha.
            “Sepatutnya abang kena berterima kasih pada Irfan, kalau bukan kerana dia yang paksa sayang cakap mesti sampai sekarang abang masih tak tahu yang sayang pun mencintai abang.”ujar Rayyan. Elesha malu sendiri, benar kata Rayyan sekiranya Irfan tak paksa dan dia tidak terlepas cakap pasti dia tidak tahu  malah Rayyan juga mencintainya. Masih ingat lagi bertapa marahnya Irfan bila Rayyan menyatakan dia pun mencintai Elesha. Apapun kini Irfan harus menerima hakikat yang Elesha bukan miliknya
“Sejak bila abang mula mencintai Elesh?”soal Elesha.
            “Sejak abang terpandang Elesha masa Elesha bermain dengan anak buah abang. Masa tu abang dapat rasakan yang abang dah jumpa calon ibu yang sesuai untuk anak-anak abang.”balas Rayyan Hanafi.
“Elesh pula sejak bila Elesh mula mencintai abang?”soal Rayan pada isterinya.Nur Aina Elesha tertunduk malu.
            “Masa tu umur Elesha baru 15tahun. Abang tolong Elesha turun pokok rambutan kat rumah nenek abang.”balas Elesha.
“Maknanya dah lamalah sayang sukakan abang ya?”soal Rayyan Hanafi bertambah merah wajah Nur Aina Elesha. Rayyan memeluk mesra isterinya, semoga kebahagiaan itu menjadi milik mereka selamanya.

Sepi Mencari Cinta


Kata orang cinta kedua tak seindah cinta pertama malah cinta kedua itu selalunya akan membawa kebahagiaan kepada kita. Kata-kata itu memang tidak dapat dinafikan apatah lagi disangkal bila buktinya ternyata ada didepan mata kita, namun sebaliknya pula berlaku pada insan nan ayu ni. Pahit mana sekali pun  kenyataan itu Arwinna harus menerimanya jua meskipun seluas lautan airmatanya gugur, meskipun sedalam jurang Mariana hatinya merintih dan merayu, takdir yang tertulis tidak dapat mengubah nasib hidupnya. Perkenalannya dengan Aidil Shah Fitri telah banyak mengajarnya erti cinta dan kehidupan. Setelah 3 tahun berlalu Aidil  Shah Fitri telah pergi dari hidupnya.

3 tahun yang lalu.
            “Hanna, awak sayang saya tak?”soal Aidil Shah Fitri.
“Mestilah saya sayang awak. Kenapa awak tanya macam tu,awak tak yakin pada cinta saya terhadap awak?”soal Hanna Arwinna.
             “Awak walau apapun terjadi kepada hubungan kita nanti, saya nak awak tahu yang saya sayang sangat kat awak.”ujar Aidil Shah Fitri lagi.
“Awak tolong jangan cakap macam tu, saya tak mahu dengar lagi. Saya sayang awak, saya takut kehilangan awak.” balas Hanna Arwinna. Aidil Shah Fitri hanya mampu tersenyum mendengarnya.
‘Hanna sebenarnya saya terpaksa melepaskan awak tapi saya tak tahu macam mana nak bagi tahu awak. Adlina bekas kekasih saya mahu saya menjalinkan semula hubungan kami yang terputus dulu, cinta pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan. Begitu jugalah dengan saya awak,saya memang sayang dan cintakan awak tapi hati saya lebih kepada dia. Saya tak mampu untuk memiliki kedua-duanya, awak terlalu polos untuk disakiti namun apakan daya,saya harus memilih salah satu antara awak dan dia. Saya telah memilih untuk menerima Adlina kembali. Terima kasih kerana telah membahagiakan hari-hari sepi saya walaupun cuma seketika, maafkan saya Hanna.’desir hati Aidil Shah Fitri.

*******
                        “Aidil saya tengok awak latelly ni macam nak tak nak je layan saya. Bila saya ajak awak keluar lunch,awak kata awak sibuk,bila saya ajak awak pergi picnic awak cakap awak tak sihat. Awak macam mengelak dari saya,kenapa Aidil saya ada buat salah pada awak ke?”soal Hanna keliru.
“Tak ada apa-apa, saya ada banyak assignment la.” balas Aidil acuh tak acuh.
 “Tapi sebelum ni awak tak macam ni,walau sesibuk mana pun awak tetap keluar dengan saya. Awak tetap layan saya macam dulu. Awak ada masalah ke? Kalau awak ada masalah ceritalah dengan saya.”
“Awak ni tak faham bahasa ke? Saya cakap tak ada apa-apa, tak ada apa-apalah. Kenapalah awak ni degil sangat? Saya rimaslah”tengking Aidil Shah Fitri kemudian berlalu pergi. Hanna Arwinna terkedu,belum pernah sekali pun Aidil menengkingnya sepanjang perkenalan mereka. Apa yang dah terjadi sebenarnya, kenapa Aidil berubah dengan begitu mendadak sekali? Setiap panggilan Hanna kini sekali pun tidak dijawap,apatah lagi membalas mesejnya. Setiap kali bertembung di perpustakaan mahu pun di kafe Aidil pasti akan mengelak untuk bertemu dengannya. Hanna keliru. Kekeliruan itu membuatkan Hanna terpaksa berkeras untuk bertemu dengan Aidil, perkara ini harus dibincangkan.
“Aidil saya nak bercakap dengan awak.”ujar Hanna Arwinna tegas.
             “Awak nak cakap apa, awak tak nampak saya tengah sibuk ni?”
“Aidil kita kena bercakap ni soal hubungan kita. Kenapa awak buat saya macam ni, apa salah saya pada awak?”
            “Awak tahu apa salah awak? Awak nak tahu apa salah awak? Salah awak sebab buat saya mencintai awak. Saya tak tahu macam mana saya boleh jatuh hati pada awak”
“Kenapa saya? Saya tak pernah paksa awak mencintai saya, saya cuma beri awak peluang untuk mencintai saya. Sama ada awak nak atau pun tidak itu hak awak, kalau awak tidak mencintai saya kenapa awak bagi saya harapan? Kenapa awak buat saya terima awak? Awak yang buka pintu hati saya untuk terima cinta awak, bila saya dah mula mencintai awak, dah mula sayang pada awak, awak pula mahu menghancurkan cinta saya pada awak.” Ujar Hanna dalam linangan airmata.
            “Saya sebenarnya langsung tidak mencintai awak. Saya cuma mahu mempermainkan awak tak sangka pula yang awak benar-benar mencintai saya.”ujar Aidil Shah Fitri bersahaja.
“Kenapa awak? Kenapa awak buat saya macam ni, apa salah saya pada awak?”soal Hanna Arwinna
            “Saya nak awak rasakan apa yang pernah saya rasa. Saya nak awak rasa macam mana sakitnya dipermainkan dan sakit ditinggalkan kekasih kerana itu yang saya rasa saat bekas kekasih saya tinggalkan saya dulu.”
“Apa salah saya awak? Apa salah saya pada awak? Sanggup awak buat saya macam ni sedangkan dihati saya sedikit pun tidak pernah terlintas mahu menyakiti hati awak. Setulus hati saya mencintai awak tapi awak sanggup hancurkan seolah-olah awak tidak punya hati dan perasaan. Awak kejam awak jahat saya benci awak.”Ujar Hanna Arwinna dan berlari pulang ke kediaman Aspurinya. Di bilik Hanna menghamburkan tangisannya.
     “Arrrggggggggghhhhhhh…………….”jerit Hanna rakan-rakan sebiliknya terkejut mendengar jeritan Hanna segera melihat keadaannya namun pintu biliknya terlebih dahulu dikunci dari dalam.
“Hanna kenapa ni? Are you ok?”soal Akma salah seorang rakan biliknya sambil mengetuk pintu bilik mereka namun yang kedengaran suara tangisan Hanna.
“Hanna jangan macam ni nanti awak sakit.”ujar Syahida pula. Mereka segera membuka pintu bilik menerusi kunci kedua yang ada dalam simpanan Akma. Sebaik sahaja pintu Berjaya dibuka alangkah terkejutnya melihat keadaan Hanna ketika itu.


*********

Desiran angin sejuk menyapa tubuh seorang gadis yang sedang berjalan-jalan digigi air. Ombak kecil bermain-main di kaki gadis itu. Sejenak gadis itu berhenti dan melabuhkan punggungnya duduk di atas pasir yang memutih dipinggiran pantai itu sambil merenung jauh memerhatikan terbitnya matahari dipagi nan indah itu. Segalanya telah berlalu kini sudah 3 tahun dia meninggalkan alam siswazahnya, kini dia sudah bergelar seorang pensyarah di salah sebuah Universiti  tempatan. Akma sudah berjaya menjadi seorang akauntan negara tidak lama lagi akan bergelar isteri orang. Syahida pula sudah memiliki dua cahaya mata sedangkan dirinya pula masih tercari-cari cinta sebenarnya.
“Awak kini sudah 3 tahun berlalu. Saya masih tak dapat melupakan awak namun apa yang pasti rasa cinta saya pada awak kini sudah hampir terpadam, sehingga kini juga saya masih belum jumpa pengganti awak. Bukan kerana tidak ada yang mahukan saya tapi saya telah tutup pintu hati saya untuk semua lelaki sejak hari pertama awak tinggalkan saya. Sukar untuk saya mencari pengganti yang sama persis awak namun saya yakin Allah S.W.T telah menetapkan jodoh yang lebih baik untuk saya, saya hanya mahu berpegang pada prinsip cinta selepas ijabkabul itu lebih indah. Saya percaya suatu hari nanti saya akan bertemu jua dengan jodoh saya yang sebenarnya. Awak walau dimana pun awak berada saya doakan awak bahagia meskipun bukan bersama saya.”ujar Hanna sendirian.
“Tahniah Ma,lepas ni korang nak honeymoon kat mana?”soal Hanna Arwinna mengusik pengantin baru Akma dan Aidit.
“Tak tahu lagi, yang tu kena tanya Akma la.”jawab Aidit.
“Erm Hanna rasa kalau tanya Akma jawapanya mana lagi kalau bukan Cameron. Tempat kesukaannya betol tak Ma?”usik Hanna Arwinna lagi.
“Hanna lepas ni kau nak ke mana?”soal Akma
     “Aku dapat tawaran buat master dekat luar negera. Bumi kangaroo, seperti yang pernah aku cakapkan dulu. Memang aku teringin sangat menjejakkan kaki ke sana. Insya-Allah  dalam 4 tahun lagi aku akan balik sini semula. Minggu depan aku akan berangkat ke sana.”ujar Hanna Arwinna.
“Hanna kau masih ingat Aidil lagi ke?”soal Akma lagi.
     “Bohong kalau aku kata aku tak ingatkan dia. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia lagi pun dah tiga tahun berlalu.”
“Sabarlah Hanna semua ni ada hikmah disebaliknya”pujuk Akma
            “Thanks Ma.”ucap Hanna Arwinna
Kini selamatlah sudah Hanna menjejakkan kakinya di bumi kangaroo ini, walau perit mana sekali pun kenyataan itu. Hanna harus menerima hakikat yang satu ini. Life must be go on, gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya. Kata- kata nista yang pernah Adlina lemparkan dulu menjadi penguat semagat untuk Hanna teruskan hidup. Dia harus membuktikan yang dia bukan perempuan murahan seperti yang dituduh oleh Adlina. Segala memori bersama Aidil Shah Fitri telah Hanna tinggalkan sewaktu dia meninggalkan balai berlepas. Semoga dia menemui kebahagiaan yang dicari selama ini dan semoga dia menemui pemilik sebenar tulang rusuknya sebagai mana Adam kembali bertemu Hawa. Amin.

Created ,