Pages

Chatroom



Wednesday 9 May 2012

Keliru


 Sejak malam itu Elesh tidak dapat melelapkan matanya, fikirannya merewang mengingati kejadian pada malam itu. Kata-kata Rayyan Hanafi benar-benar membuatkan fikirannya bercelaru, biar betul mana mungkin Irfan mencintainya sedangkan mereka selama ni cuma rakan setugas dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof.Maizah.
“ Biar betol mamat sorang ni pening ke ape? Habis tu Si Mayra Rayna dia yang vogue tu dia nak campak mana? Hish tak mungkin..tak mungkin Rayyan salah dengar ni.”gumam Nur Aina Elesha sendirian.
“Apa benda yang kau bebelkan sorang-sorang tu Elesh oi.”soal Mai Sarah
            “Oh pocot mak kau meletup.”latah Elesh
“Mak kau meletup..mak kau meletup..mak aku dah tak meletuplah anak dah ramai buat apa nak meletup lagi.”
            “Kau nikan Mai boleh tak kalau masuk tu bagi salam dulu, ney tak main segah je nasib baik aku tak de sakit jantung kalau tak dah lama aku arwah taw.”bebel Elesha lagi
“Aku dah lama tercongok kat muka pintu bilik kau tu, kau je yang tak perasan asyik membebel je dari tadi. Apa yang kau bebelkan tu Elesh?”soal Mia Sarah.
            “Tak de pape la Mai.”
“Ye la tu xde pape..bukannye aq tak kenal ko 2 perahsia benor. Kalau boleh semua benda kau nak sorokkan dari aku. Elesh kau dengan aku kita kawan sejak dari kecil lagi tau, sedih kau sedih aku juga, sakit kau sakit aku juga.”ujar Mai Sarah.
            “Tadi aku jumpa Rayan, dia cakap Irfan cintakan aku.”balas Nur Aina Elesha. Telopong mulut Mai Sarah mendengarnya.
“ Haaa..? Kau biar betul Irfan Hairie budak Cartoon Network, anak Dato’ Hairie Zafril tu cintakan kau? Yang satu bilik dengan abang aku tu?”Soal Mai Sarah bertubi-tubi,tidak percaya apa yang didengarinya.
            “Ye la mana ada budak Cartoon Network yang bernama Irfan Hairie selain dia. Mamat poyo yang selalu berkepit dengan tu si Mayra Rayna dia yang vogue tu. Kau ni pandai-pandai je tukar Computer Network jadi Cartoon Network. Tapi ok juga kan? Diploma Computer Network jadi Disney Cartoon Network (DCN)”balas Elesha sempat lagi dia melawak.
“Woi kita ni dah ijazah la. Ishk...gila ke apa mamat tu? Dah la pysko gila, pantang salah sikit habis semua orang dia nak marah. Macam mana dia boleh ada hati dengan kau pulak ni?soal Mai Sarah kehairanan.
            “Tu la aku pun pelik.”balas Elesha.
“Buat tak tahu dah la. Mamat pysko macam tu jangan dilayan.” nasihat Mai Sarah. Elesha hanya mengangguk,’betol juga tu buat apalah aku fikir pasal mamat pysko macam tu. Elok-elok mama papa hantar aku kat sini sihat wal’afiat bila keluar jadi kurang siuman.’gumam Elesha dalam hati.

*********

“Elesha…Elesha…tunggu…”panggil Rayyan Hanafi.
            “Ada apa ni Rayan?”soal Elesha
“Kau nak ke mana tergesa-gesa je aku tengok?”soal Rayyan Hanafi
            “Hari ni hari ape?”
“Khamis, kenapa?”
            “Berapa hari bulan?”
“21 march”
            “Assigment Madam Zuraini dah siap?”
“Ya Allah macam mana aku boleh lupa? Due Selasa depankan?
            “Dah jom ikut aku pergi library”pantas  Elesha menarik lengan Rayyan Hanafi. Mereka bersama-sama menuju ke perpustakaan. Memandangkan perpustakaan mereka agak jauh dari dewan kuliah mereka terpaksa menaiki kereta Myvi Elesha. Rayyan Hanafi,Nur Aina Elesha dan Mai Sarah adalah kawan rapat sejak mereka berumur 10tahun lagi. Mai Sarah dan Rayan Hanafi adalah adik beradik kembar tapi tak seiras. Rayan adalah abang mana kala Mai Sarah adalah adik paling bongsu beza waktu kelahirannya hanya 4 minit sahaja.  Rayyan dan Mai mempunyai seorang abang dan dua orang kakak lagi.Beza umur mereka cuma setahun. Ibu bapa Rayan dan Mai bekerja sebagai doctor, mereka ada membuka klinik sendiri, mana kala Bapa Elesha bekerja sebagai Arkitek dan ibunya seorang usahawan butik muslimah.
“Elesha kenapa kau tak nak terima lamaran Irfan?”soal Rayyan Hanafi ketika mereka sedang berbual di tepi tasik yang mereka selalu duduk di sebuah pondok setiap kali selesai jogging.
“Aku tak de hati pada dialah.”jawap Elesha.
            “Kenapa pula? Ok ape aku tengok si Irfan tu, dari kecik aku tengok kau selalu dingin dengan lelaki semua. Kenapa erk?”
“Mana ada kalau aku dingin dengan semua lelaki habis yang selalu aku duk kepit 24jam ni lelaki la eh bukan perempuan?”balas Elesha
            “Ya tak ya jugak erk?”
“Sebenarnya aku dah bagi hati aku ni pada orang lain cuma orang tu je yang tak tahu.”
            “Kenapa pula orang tu tak tahu?”
“Memanglah sebab aku tak bagi tahu orang tu yang aku dah jatuh hati pada dialah bendul.”balas Elesya.
            “Kenapa kau tak bagi tahu orang tu?”
“Sebab aku tak tahu orang tu pun ada perasaan pada ku ke tak lagi pun aku tak nak meletakkan harapan pada orang tu.”
            “Owh ya ke?”soal Rayyan ada sedikit kecewa dalam hatinya.




*********

“Elesha…Elesha…wait…”panggil Irfan Hairie.
“What else You want from me Irfan? That answer was I give you not enough?”soal Elesha.
            “Kenapa susah sangat awak nak terima saya? Apa salahnya saya?”soal Irfan Hairie
“Ini soal hati dan perasaan Irfan. Hati dan perasaan saya tak boleh dipaksa. Lagi pun saya dah pun bagi hati dan perasaan saya pada orang lain.”balas Nur Aina Elesha
            “Tipu…saya tak percaya. Awak saja cakap macam tu sebab awak tak terima sayakan?”soal Irfan Hairie lagi.
‘Terserah pada awak nak percaya atau pun tak saya tak paksa.”balas Elesha bersahaja. Irfan bengang lantas merentap kasar tangan Elesha yang baru sahaja mahu beredar.
            “Hey apa ni sakitlah”marah Elesha
“Baik awak cakap dengan saya betol-betol siapa lelaki tu Elesha?”soal Irfan Hairie keras
“Apa hak awak nak tahu semua tu? Soal hati dan perasaan saya takde sape boleh masuk campur.”balas Elesha geram. Dasar manusia yang tak faham bahasa betol Irfan Hairie ni.

4 tahun kemudian.

“Mama where is papa?”soal kanak-kanak yang berusia 3tahun itu. Walau pun baru berusia 3tahun namun dia petah bertutur dalam bahasa Inggeris tapi sedikit pelat
            “Papa in bathroom honey?” jawap wanita yang sedang hamil 5bulan itu pula.
“Shell we go to the zoo this afternoon with papa and aunty Mai?”soal kanak-kanak itu lagi.
             “Sure honey.when papa finish you may ask him ok?”balas wanita itu tidak lama kemudian pintu bilik mandi terkuak terserlah wajah Rayan Hanafi yang baru sahaja selesai mandi
“Papa…papa can we go to the zoo this afternoon with Aunty Mai?”soal kanak-kanak kecil itu sejurus sahaja melihat kelibat papanya.
“Yes honey. Now You go and ask Your Aunty Mai Sarah at the kittcen ok? Be careful ya”laju kanak-kanak itu berlari menuruni tangga mendapatkan Mai Sarah yang berada di dapur. Rayyan mendekati isterinya Nur Aina Elesha yang duduk di birai katil.
“Terima kasih abang”ujar Elesha.
            “Terima kasih untuk apa?”soal Rayyan
“Terima kasih kerana sudi terima cinta sayang.”balas Elesha.
            “Sepatutnya abang kena berterima kasih pada Irfan, kalau bukan kerana dia yang paksa sayang cakap mesti sampai sekarang abang masih tak tahu yang sayang pun mencintai abang.”ujar Rayyan. Elesha malu sendiri, benar kata Rayyan sekiranya Irfan tak paksa dan dia tidak terlepas cakap pasti dia tidak tahu  malah Rayyan juga mencintainya. Masih ingat lagi bertapa marahnya Irfan bila Rayyan menyatakan dia pun mencintai Elesha. Apapun kini Irfan harus menerima hakikat yang Elesha bukan miliknya
“Sejak bila abang mula mencintai Elesh?”soal Elesha.
            “Sejak abang terpandang Elesha masa Elesha bermain dengan anak buah abang. Masa tu abang dapat rasakan yang abang dah jumpa calon ibu yang sesuai untuk anak-anak abang.”balas Rayyan Hanafi.
“Elesh pula sejak bila Elesh mula mencintai abang?”soal Rayan pada isterinya.Nur Aina Elesha tertunduk malu.
            “Masa tu umur Elesha baru 15tahun. Abang tolong Elesha turun pokok rambutan kat rumah nenek abang.”balas Elesha.
“Maknanya dah lamalah sayang sukakan abang ya?”soal Rayyan Hanafi bertambah merah wajah Nur Aina Elesha. Rayyan memeluk mesra isterinya, semoga kebahagiaan itu menjadi milik mereka selamanya.

1 comment: