Pages

Chatroom



Wednesday 23 May 2012

Novel:Jangan Lepaskan Cinta Itu(sinopsis)



Watak Utama:Dhia Qristina
                       :Tengku Syafwan Tengku Zakri
Watak Sampingan :Rohaidil Fitri
                               :Razif Zafir
                              :Erna Ruzaini
                              :Fieda Raizora


      Dilema dalam memilih institiut pembelajaran sudah selesai. Puas dimohon pada semua IPT namun tidak satu pun menerimanya kerana kos yang diminta tidak dapat memenuhi syarat-syaratnya. Bukan tidaknya dia pandai dalam pelajaranya cuma syarat yang ditetapkan kini berbeza sedikit.Pertama kali belajar berdikari jauh dari keluarga membuat Dhia Qristina menjadi lebih matang. Dugaan demi dugaan datang bertimpa-timpa tanpa belas kasihan pada insan comel ni.
     
       “Aku harus kuat demi cita-cita ku.Aku tak harus menyerah kalah,hapuskanlah air mata mu itu Dhia. Dah samapai masanya kau mengapai kebahagian yang sepatutnya kau dapat sejak dulu lagi”-Dhia Qristina
         
     Namun tak semudah itu Dhia Qristina dapat menghapuskan air mata yang sering kali tumpah itu dikala dirinya kesepian dan keseorangan.Kenangan lalu mengetuk pintu hati mengores luka dijiwa nan sepi
      
       “Awak saya akui memang silap saya kerana melepaskan awak suatu ketika dulu. Saya menyesal awak. Saya harap awak sudi terima saya kembali saya masih sayangkan awak. Tolong jangan hampakan saya awak,saya merayu pada awak-Rohaidil Fitri
         
        Disaat kebahagian itu hampir digapai sekali lagi Dhia Qristina menghadapi dilema. Antara cinta Tengku Syafwan Tengku Zakri atau kasih Rohaidil Fitri.
   
     “Saya tak kisah kalau awak nak balik pada dia Dhia.Saya faham cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Saya rela undur diri demi kebahagian awak.Sekiranya awak bahagia saya turut merasakannya”-Tengku Syafwan Tengku Zakri
              
      Dengan hati yang terluka Dhia Qristina  membawa diri, kata-kata Tengku Syafuan menguris hatinya. Dia bukan barang permainan yang boleh dibagi kepada orang lain sesuka hati.Disaat hari bahagianya hampir tiba Dhia Qristina dilaporkan hilang. Adakah kebahagiaan yang dicari selama ini tidak akan tercapai. Kemanakah perginya Dhia Qristina? Siapakah pilihan hatinya. Adakah Tengku Syafwan Tengku Zakri atau Rohaidil Fitri?

                  Jangan Lepaskan Cinta Itu dapat mengungkap segalanya.

No comments:

Post a Comment