Pages

Chatroom



Saturday 28 June 2014

Aroma Terapi Air Hujan

Minggu ini bersama saya Nurul Nia ingin memperkenalkan aroma terapi melalu air hujan yang turun.


         Sebagai seorang pelajar, isteri dan juga seseorang yang berkerjaya kita sering menghadapi pelbagai masalah sama ada di universiti rumah mahu pn di tempat kerja. Bagi saya yang suka akan keindahan alam semulajadi, menjadikan waktu hujan sebagai aroma terapi untuk merehatkan minda.Bauan air hujan yang jatuh pada rumput-rumput segar dan pokok sememangnya menenagkan hati dan perasaan. Bila berada dikampung selain suasana yang tenang dipenuhi tanaman tutup bumi udaranya juga nyama.

             Sekiranya stress di tempat kerja mahupun kolej saya suka jadikan kampung halaman sebagai destinasi utama saya untuk berehat selain menziarahi keluarga. Sekiranya tidak mempunyai kampung boleh juga untuk pilih bercuti ke kawasan perkampungan elakkan untuk tidur di hotel. Pilihlah homestay atau chalet untuk merasai sebenar suasana dikampung. Adalah lebih nikmat untuk bercuti dikawasan perairan seperti air terjun atau jeram. Selain airnya yang datang dari dalam tanah aromanya hampir menyerupai air hujang dan amat mententeramkan hati terasa damai dan tenang bagi yang ingin menghilangkan stress, selain dapat melihat tumbuh2an..Nikmati keindahan alam semula jadi juga boleh dijadikan terapi minda yang berkesan.