Pages

Chatroom



Wednesday 26 December 2012

Jangan Lepaskan Cinta Itu Bab 4



“E
rm doktor bagaimana dengan keadaan Dhia doktor?”soal Tengku Aidil Syahriz. Kak Syidah yang berada di situ turut kegelisahan.
    

“Erm..Syidah pagi tadi Dhia tak makan apa-apa ke?”soal Doktor Farhan Fazli pada Kak Syidah.

         “Saya dah bagi dia makan ubat seperti yang doktor arahkan. Kenapa doktor?”soal Kak Syidah kehairanan

 “Erm. Nampaknya ada sesuatu yang tak kena kat sini.”ujar doctor tu lagi

      “Syidah,Dhia tak makan ubat yang saya berikan tu”

“Haaa...??”terkejut Kak Syidah. Tengku Aidil Syahriz hanya mendiamkan diri.

“Bertuah punya adik. Dhia kenapa buat akak macam ni dik? Kenapa Dhia sanggup seksa diri Dhia sendiri dik?”sayu hati Kak Syidah. Kalau nak tahu Dhia Qristina ni memang liat nak makan ubat.

        “Sabar ya Syidah.”ujar doktor tersebut cuba menenagkan Kak Syidah.Kalau nak tahu doktor Farhan 
Fazli ni ada hati pada Kak Syidah. Kemudian dia berlalu pergi. Kak Syidah  hanya mampu mnengeluh.

“Kak Syidah”panggil Tengku Aidil Syahriz.

     “Ya”sahut Kak Syidah lemah.

“Malam ni biarlah saya pula yang temankan Dhia ya akak. Lagi pun esok kan hari minggu saya tak ada kelas.”ujar Tengku Adil Syahriz.

      “Baiklah kalau macam tu biarlah akak balik dulu. Riz tolong pastikan Dhia makan ubat ya. Akak tak nak dia sakit lagi.”ujar Kak Syidah

“Insya-Allah kak,saya akan jaga Dhia sebaik mungkin.”balas Tengku Aidil Syahriz.Tengku Aidil Syahriz membetulkan selimut Dhia Qristina. Matanya jatuh pada wajah Dhia Qristina yang pucat macam tak cukup darah tu‘Comelnya dia tidur lena sangat macam baby je. Alis mata yang lentik bibir dia kecik erk. Walau pun wajahnya pucat namun kecantikan semula jadinya biasa mengetarkan naluri ku.’

       “Astafirullahhalazim”Tengku Aidil Syahriz beristifar. Kalau tahu dek Dhia Qristina ni memang kenapa penumbuk tahap petala lapan ni. Silap-silap dia pula yang gantikan tempat Dhia Qristina kat atas katil ni nanti. Tengku Aidil Syahriz tersenyum sendirian hingga akhirnya dia sendiri pun terlena di sisi Dhia Qristina.


******
     Tengku Aidil Syahriz tersedar saat terdengar sayup-sayup seruan azan di masjid bersebelahan hospital ni. Tengku Aidil Syahriz segera membasuh muka dan menuju ke surau yang berdekatan ingin segera menunaikan seruan Ilahi,selain itu risau saat Dhia Qristina sedar nanti tiada siapa yang menemaninya di sisi. Sayang pada Dhia Qristina nampak.Dah jatuh hati ke?hahahaha....merapu. Masakan dia boleh jatuh hati sebegitu mudah pada Dhia Qristina. Sekembalinya dia dari surau dia lihat Dhia Qristina masih lena dibuai mimpi. Lama betul kesan ubat ni ya. Sedang asyik memerhatikan lena tidur Dhia Qristina Tengku Aidil Syahriz terpandang sekeping foto yang terselit di dalam sebuah buku dairi. Di tarik pelahan untuk melihat foto tersebut. Kelihatan gambar sepasang kekasih duduk bersama di bahawa sebatang pokok di tepian pantai. Bahagia. ‘Mungkin ini la orang yang menyebabkan Dhia jadi begini’bisik hati Tengku Aidi Syahriz.di sebalik foto terselit madah pujangan nan indah rekaan Dhia Qristina.

Seindah angin mendamaikan jiwaku,
sehangat pelukkanmu melindungiku,
       Aku bersumpah akan terus mencintaimu,
       Walaupun kematian yang akan memisahkan kita.

      Sayangnya cinta dan kasih sayang yang di berikan dikhianati dan dibalas dengan kesakitan yang teramat sangat. Dalam diam ada perasaan aneh timbul di hati Tengku Aidil Syahriz namun segera di hapuskan.sekarang bukan masanya untuk semua itu.

“Erm....Riz...”panggil Dhia Qristina lemah. Tersentak Aidil Syahriz,segera menyimpan kembali foto tersebut ke tempat asal

      “Ya Dhia. Awak nak apa-apa ke?”

 Pantas Dhia Qristina mengeleng.”Terima kasih sebab tolong saya tadi. Kak Syidah mana?”

“Sama-sama. Kak Syidah dah balik. Dia tahu awak tak makan ubat yang doctor bagi tu kan?kenapa Dhia?kenapa awak seksa diri awak samapi macam ni sekali?sekali pun awak mati belum tentu dia nak balik pada awak.”

      “Awak tak faham Riz. Awak tak faham apa yang saya rasakan. Sudah 4 tahun kami bersama Riz. Macam-macam yang kami rancang untuk masa depan kami. Family kamu pun dah setuju,semudah tu dia tinggalkan saya. Semudah tu dia permainkan saya.”airmata Dhia Qristina.

“Mungkin pada awak,saya tak faham tapi percayalah apa yang awak lalui telah saya lalui terlebih dahulu. Sudah jangan menangis lagi,kesatlah air mata tu. Kesian mata tu penat mengeluarkan air yang tidak sepatutnya dikeluarkan saat ini. Simpanlah air mata itu untuk sesuatu yang lebih mengembirakan”ujarnya seraya mengeluarkan sehelai sapu tangan. Tanpa disedari tangannya menyapu lembut airmata yang mengalir di pipi Dhia Qristina.Dhia Qristina tergamam dengan tindakkan spontan Tengku Adil Syahriz.

     “Maafkan saya.”ujar Tengku Aidil Syahriz menyedari tindakannya itu membuatkan Dhia Qristina tidak selesa.Dhia Qristina tersenyum malu.’Aduh cantiknya senyuman itu’desir hati Tengku Aidil Syahriz