Pages

Chatroom



Monday 15 February 2016

Rindu Datang Bertamu Nian Di Hati

             Terasa sayu sedih nan pilu lalu membawa hati mencari siapakah diri ini. Teringin mempunyai zuriat sendiri namun apakan daya belum tiba masanya, lalu ku bawa diri ini menjadi musafir dalam mencari rezeki yang halal. Puas sudah mencari ditakdirkan aku diterima bekerja. Alangkah indah dan syukurnya nikmat mendapat teman nan akrab walau terkadang diri ini lebih suka menyendiri. Sangka ku segalanya akan berjalan seperti biasa tanpa mengharapkan sesiapa, tanpa mengharapkan perhatian sesiapa.

                Siapalah aku untuk mengatur apa yang berlaku. Pertemuan pertama aku cuma biasa, seumur hidup ini pertama kali aku mengenali seorang lelaki yang sangat berani bermain dengan hati perempuan. Awal perkenalan aku dianggap 'PLAY GIRL' wowww.. siapakah kau sebegitu mudah membuat tafsiran tentang aku. Jujur hati aku terlalu ampuh dan rapuh, terlalu mudah ditipu hah nama pun perempuan muda awalan 20-an. Namun aku sendiri tak pernah menyangka yang aku begitu mudah dipermainkanya, remuknya hati ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu, segala keperitan ini ku telan sendiri, hanya kepada-Nya aku meluahkan segala yang terpendam dihati.



Mengalirnya air mata ini sehingga satu tahap aku tak ingin lagi untuk terus bertahan disana teramat rasa diri ini merindui Penciptanya sebagai mana Dia merinduiku lalu diuji agar diri ini sentiasa menginagtinya dan sesungguhnya aku amat merindui-Nya.



Kini aku harus pasrah dan redho atas segalanya, aku harus menerima hakikat dia bukan milik aku dan tak akan jadi milik aku selamanya. Kenyataan yang menyakitkan bila hati ini sudah mula mencintai harus diganti dengan rasa kasih seorang kawan dan remuknya bila mengetahui bahawa aku hanya dipermainakan olehnya. Setiap yang berlaku membuatkan aku menjadi lebih matang walau pun aku sering terjatuh dan terjatuh lagi. Apa yang berlaku harus dijadikan pengajaran agar tidak tersilap langkah lagi.




Ya Allah sesungguhnya aku teramat merinduimu dan jika ini yang terbaik buatku aku mohon berikanlah aku kekuatan dalam meniti ujian-Mu ini, kuatkan hati ini berikan kesabaran yang tinggi dalam melalui hari-hari yang akan datang. Ku niatkan dalam "Hati aku disini mencari rezeki untuk keluarga bukan mencari pemilik tulang rusuk kiriku."







Saturday 28 June 2014

Aroma Terapi Air Hujan

Minggu ini bersama saya Nurul Nia ingin memperkenalkan aroma terapi melalu air hujan yang turun.


         Sebagai seorang pelajar, isteri dan juga seseorang yang berkerjaya kita sering menghadapi pelbagai masalah sama ada di universiti rumah mahu pn di tempat kerja. Bagi saya yang suka akan keindahan alam semulajadi, menjadikan waktu hujan sebagai aroma terapi untuk merehatkan minda.Bauan air hujan yang jatuh pada rumput-rumput segar dan pokok sememangnya menenagkan hati dan perasaan. Bila berada dikampung selain suasana yang tenang dipenuhi tanaman tutup bumi udaranya juga nyama.

             Sekiranya stress di tempat kerja mahupun kolej saya suka jadikan kampung halaman sebagai destinasi utama saya untuk berehat selain menziarahi keluarga. Sekiranya tidak mempunyai kampung boleh juga untuk pilih bercuti ke kawasan perkampungan elakkan untuk tidur di hotel. Pilihlah homestay atau chalet untuk merasai sebenar suasana dikampung. Adalah lebih nikmat untuk bercuti dikawasan perairan seperti air terjun atau jeram. Selain airnya yang datang dari dalam tanah aromanya hampir menyerupai air hujang dan amat mententeramkan hati terasa damai dan tenang bagi yang ingin menghilangkan stress, selain dapat melihat tumbuh2an..Nikmati keindahan alam semula jadi juga boleh dijadikan terapi minda yang berkesan.

Tuesday 1 October 2013

Cinta, Bahagia Atau Derita..??


Awak,
Saya sayang awak sangat2 saya hanya ada awak sowg je dalam hati saya
saya sanggup buat apa saja untuk awak saya xpernah curang dengan awak walau
pun awak bukan cinta pertama saya tapi awak yang paling saya sayang..

Awak,
Saya tahu saya pun bukan cinta pertama awak tapi kenapa awak berlaku kejam terhadap saya kenapa awak xnk akhiri hubungan kita dengan cara yang baik. Kenapa harus dgn cara ini..?? Hanya kerana awak nak sambung semula cinta awak dengan bekas kasih awak awak sanggup buat saya macam ni,awak tinggalkan saya hampir separuh mati.

Awak,
Dah dua tahun awak tinggalkan saya,setiap kali lebaran saya pasti akan menangis bila teringat apa yang awak pernah buat pada saya. Saya masih ingat lagi kata-kata nista yang dilemparkan pada saya,sesaat pun saya xakan pernah lupa. Jatuh dan bangkit semula bukan sesuatu yang mudah seperti kata2 yang keluar dari bibir. Atas sokongan rakan2 Alhamdulillah kini saya boleh terima segalanya dan saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

Awak,
Sekarang saya hampir kecapi bahagia yang saya impikan Insya Allah sikit hari lagi saya akan menamatkan zaman bujang saya dan bahagia bersama Si dia yang mampu jadikan saya diri saya yang dulu. Saya nak awak tahu sekarang saya dah berjaya hidup tanpa awak, dan saya nak awak tahu tanpa awak saya boleh kecapi impian saya. Awak seandainya suatu hari nanti awak sedar kesilapan awak jangan la cari saya lagi saya dah pun maafkan awak. Cinta..?? Dalam hati saya tiada lagi tersimpan cinta untuk awak.Terima kasih untuk segalanya.

Thursday 19 September 2013

Sahabatku, Rakanku, Kawanku Jangan Dilupakan Aku

          Dulu masa zaman sekolah tak pernah fikir pun apa akan jadi pada masa depan
semua berlumba-lumba nak dapatkan keputusan paling cemerlang dalam perlajaran dan sukan..selalu ikut2 kawan. Bila kawan masuk hoki kita pun masuk hoki, bila pergi makan semua makan sekali,beratur sama-sama baca doa sama-sama pergi sekolah jalan kaki pun sama-sama. Tak pernah kisah apa orang nak cakap,tak kisah akan dunia lain hanya kita dan sahabat kita sahaja...bila dapat markah dalam exam sebuk nak tahu keputusan kawan2 kita kan..?? bila kawan kita dapat markah tinggi kita xnk bgthu kawan kita, kita akan cakap " Aku punya tinggi ckit je dari kau" atau pun bila dapat markah rendah kita cakap "Ala kau punya markah lagi tinggi dari markah aku." tapi kawan kita tetap nak tahu markah kita dan kita pun macam tu. Banya kenangan manis masa zaman sek..sejak dari usia 7 tahun smpai la usia kita 17 tahun semua indah dan manis untuk dikenang.


                   Tamat saja zaman persekolahan masing2 bawa haluan sendiri, sowg ke utara seorang ke timur seowg ke barat dan sowg lagi ke selatan. Semua nak pergi berdikari,lupa janji zaman sekolah nak sambung belajar sama-sama. Lupa janji persahabatan tak nak terpisah dengan kawan-kawan..kini janji tinggal janji..bila dah berjauhan dan lost contac lupa pada segalanya..kawen hanya jemput mana yang ingat je..10 tahun kemudian sebuk nak buat renion sek, katanya rindu pada kawan-kawan sekolah. habis tu selama 10 tahun tinggalkan kawan-kawan ada x kita ingat pada mereka..ada tak kita cuba cari mereka..?? Masing2 sebuk dengan kerja masing-masing...sebuk kejar harta dunia lupa pada semua yang pernah dimiliki dulu..orang-orang yang pernah menyayangi dirimu, yang pernah bersama kamu mencapai kerjayaan...


                  10 tahun perpisah tak akan mungkin dapat kita lupakan kenangan manis waktu tu, kenangan yang tak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit.. Rindunya saat-saat itu. Pada mereka yang menghargai sahabat-sahabat mereka taniah kerana anda bukan seorang yang lupa pada asal usulmu, pada mereka yang lupa pada rakan-rakan mereka, carilah semula erti persahabatan itu.





Sunday 28 July 2013

Kisah Aku Episode 2 (Akhir)

*sambungan

                  Malam pertama aku kt hospital mmg xblh tdo..katil sebelah ada seorang nenek kira umurnya dalam 70-an aku memang xblh tdo sebab nenek 2 duk menyanyi lagu ape pn aq xthu biasa la orang tua. Punca utama aku xboleh tido ialah tangan aku..yg pertama tgn kanan aq kn patah 2 satu hal kena tahan gak la..yg keduanya tgn kiri aq ney kena cucuk jarum kan ptg 2 aq masuk air..dh msuk wad airnye xde tgl jarum je..sakit wow..aq asyk trjaga je sedangkan aq masa 2 trsangat la mengantuk. Jam 5pagi aku terjaga lagi, bila aku nampak ada staf nurse lalu aku panggil la minta cabutkan xtahan sakit bengkak 2..dh la dy cucuk kt pergelangan tgn aq..smpai la ney msh sakit tp xterasa sgt..lepas 2 baru la aku boleh tido dgn lenanya. Sedang aku dalam lena tibe2 mata aku rasa silau dn bunyi bising rupanya seawal jam 7pagi dyowg dh bgn semua persakit nk amik darah sebelum sarapan pagi..mak ai dokter ney kot ye pn bgn la aku pakai tudung dulu..dh la time aq tgh tdo ko kacau dgn rambut serabai mcm hantu..nk dijadikan cerita time 2 kawan yg temankan aku 2 blm balik dari surau huhu malu beb...masa dokter ney nk amik darah aku dh xboleh nk tdo takut dgn jarum punya pasal la..mula2 dy cari urat xjumpa2..lepas 2 dy mnta kawan dy dokter indian perempuan pn xjumpa juga..pergghhh minah indian ney blh tahan juga dy layan pesakit dy..main godok je tgn aq..dh xjumpa urat 2 xyah la main cucuk je last sekali doter  indian lelaki xjmpa juga dy amik darah aq dari belakang tapak tgn aq...bru la dpt darah..sakit wow..huhu..

          Jam 8 ke atas ada dokter pakar datang melawat semua penjaga kena tgu kat luar..peramah gak dokter lelaki ney..umur dlm separuh abad la mybe dlm 70 ke atas..dokter cina bila dy check aq dy ckp xkena oprate tp kena tarik bagi betol kn balik kedudukan tgn aq 2..aq dh cuak dh...ptg 2 aq kena brsiap utk msuk dlm ke klinik pakar ortopedik,nk betol kn balik tgn aq...dlm pukul 2:30 aq masuk..mula2 pergi ex-ray pastu dh msuk dlm klinik 2 dyowg inject aq dgn ubat bius..pndai owg design bilik 2..siling dy blh wt aq trtdo dgn lenanya..sedar2 aq dh ada depan wad aq..time 2 ada isteri meteri besar n9 datang melawat..sempat gak aq berbua dgn nurse yg bawa aq pg klinik ortopedik 2...akak 2 cerita aq menjerit masa kena tarik tgn 2..ada seowg abg ney suruh aq tarik nafas siap main push2 lg..egt aq nk terberanak ke..??bila dh siap 2 aq ucapkan terima kasih..hahaha..lawak la padahal aq xsedar pape pn kot...ada la dpt sagu hati ckit dari VVIP yg dtg melawat 2..


            Sepanjang aq duk kt hospital 2 asyk tnya je dyowg bila boleh balik..nasib baik la just 2 hari je kt sana...lepas 2 dokter dh bg aq balik..yeahh..ptg 2 family dtg amik..ayah xckp ape la..bnda dh jadi kn..??Bila pikir2 kn balik dalam adik beradik aq..aq la yg agak lasak sikit smpai masuk wad jadinye..hehehe..sejakdari tu aq tramat la seram xmau naik motor kt PD ney lagi..huhu..fobia la...

Sekian saja la kisah aq kali ney..jumpa lagi di lain episode k...


THE END



Sunday 12 May 2013

Kisah Aku Episod 2 (part1)

               Assalammualaikum..hai u all..sorry couse dh lme xup-date blog ney, baru hari ney ada kesempatan memandangkan aku baru je mula cuti semester.Hari ney aku nk story cikit kisah aku sebelum final exam dn cuti semester aku bermula. Agak sedih but jgn nangis taw, aku dan beberapa rakan sekelas dbri 1tugasan dimana kami prlu mrangka 1 rancangan perniagaan,samada mengeluarkan produk baru atau prbaharui produk yg sedia ada. So setiap kumpulan ada 4owg ahli. Kumpulan aku ada 2 lelaki dn 2 prempuan, so kami sepakat untuk mngeluarkan produk kek dan bun dgn nama perniagaan kami BUNS BAKERY HOUSE.Mula egt nk guna perkataan B.A.N.Z B for Bie(Afifah Farhana) A for Aizat(Tengku Syazmie Aizat) N for Nia(Nurul Saabaniah) it me and Z for Zaini(Muhamad Zaini) Tapi memandangkan kedai kamu ada bun dan bun jarang mendapat tempat dipasaran so kami letak la nama BUNS BAKERY HOUSE 2..sehari sblm tugasan aku dibentangkan kami kena keluarkan sebiji kek untuk di adili oleh pihak juri katanya.

              Pada awalnya ahli group kami yg lelaki menawarkan diri untuk pg beli barang utk prbentangan trsebut tp ntah mcm mn xjd pula,yg si zaini ney lesen dy dh expiyed date maka dimintanya aku pg bandar naik motor utk beli dgn senang hati aku pn pg la..ajk budak rumah semua xnk..aq pg dgn miera kawan aku juga tp dy kos Akaun..punya la excited tp naik mtor pg sana..masa pg aq bawak dgn sungguh brhati2..owg kate law speed 80km/jam bru ok..aq speed 60km/jam pn dh cuak..aq ny mne biasa bawak mtor jalan jauh. Nak dijadikan crita kaki aq kreem masa smpai kt sana so aq pn minta la miera bawa time balik 2 memandangkan masing2 ada lesen so aq xksah la. masa atas mtor 2 dy blh bawak 80km/jam aq kt belakang ny dh cuak dh..lampu isyarat yg lg 5saat nk abeh 2 pn dy blh lepas..semua motor dy blh potong dlm hati suka la juga.

                 Masa sampai kat satu selekoh ney aq nmpak dy mcm nk berhenti terus aq menjerit nama dy. Tiba-tiba mata aku gelap terasa mcm ada orang seret muka aku atas rumput dan aku cpt2 bgn trasa mcm baru bgn dri mpi tp aq lihat aku masih brada ditepi jalan. Mata trasa bengkak mcm bru bgn tdo..terus mata aku mncari miera rupanya baru aq sdar yg aku dn miera tlh ditimpa kmalangan. Aku lihat miera trbaring baik dlm longkang dn xsedarkan diri. Aku gelabah minta tolong,cermin mata aku percah cover helmet pn pecah,aku mnyapu pipi,trasa mcm ada cecair likat mngalir bru aku perasan rupanya bawah mata aku luka. Banyak darah mgalir dan tgn kanan aku trkulai tp aku xhiraukan aku risau kn miera yg xsdrkan diri dlm longkang. kmudian ada knderaan brhenti dn kami dibawak ke klinik. Masuk air dh la aq xsuka jarum. Agk lama kt sana sb tgu ambulans dtg amik,yg miera ny bru trsedar dy blh plak tnya aq sape yg bawak mtor lg la aq cuak, budak ney hilang egtan ke ape..?? Dgn tangan trketar2 aku call nombor kawan 1 rumah maklumkan keadaan aku, Miera dihantar ke hospittal Pord Dickson mana kala aku dihantar ke Hospital Besar Seremban sb katanya kt PD xde doktor mata


                 Rasa mcm nak balik n pikir sama ada nk pg hospital ke x..aku masuk wad kecemasan seawal jam 7malam,agk lamank tgu doktr mata dgn tulang check. Doktor sahkan tgn aku patah, ada bebrpa pnsyarah dtg melawat trmasuk yg bg aq tugasan 2.. jam 11.30 aku dihantar ke wad mata untuk mnjahit bawah mata ku yg trkoyak teruk 2.fuhyo punya la sakit bila ubat bius 2 dh abeh..2kali dy cucuk ubat bius kt pp aq..1jam dlm 2..lpas 2 pergi simen tgn plak..pukul 1stgh aq masuk wad aq kena tolok atas kerusi roda. baru nk tdo doktor yg brtugas menjaga wad 2 plak dtg interview. Malu seh dh la hnsem smpai trtdo aq depan dy.


*bersambung...



Monday 4 March 2013

Kisah Aku

             Assalammualaikum, hi urmm..bosan la. Haaaa..!!!! ney aku nk cerita serba sikit tentang dunia aku kat kolej ney yang kononnya kolej panoramik Apa yang panoramik pun aku xthu. Bukan aku saja nak buruk2 kan kolej tempat aku menimba ilmu ney just nk pengajaran n ambil la sebagai iktibar. Urm kisahnya bermula sekitar 2tahun yang lalu, waktu tu aku baru je abeh SPM.
                   
             Masa result spm keluar xde la teruk mane pn Alhamdulillah la semua lulus dapt 4A lg 2 taw. yang jadi masalahnya subjek math dgn B.I aku xkredit la. Itu menyukarkan aku untuk minat universiti. Jgn kn yg luar negara yg dalam negara pn belum tentu aku dapat. So aku ney malas la nk fening2 kn kepala pikir pasal kolej sb dh xde mood nk belajar semua U yg aku minta semua tolak termasuk kolej swasta aku nk jd jururawat tp semua tolak dyowg tawarkan aku amik makmal perubatan. Aku pn bengong gak time 2, kata nk jd doktor perubatan jadi dri situ la aku boleh mula kn langkah aku yg pertama kn..?? So disebabkan bnyak yg xnk terima aku tuk amik jd nurse n aku pn mlz nk pikir dan Puan Rohani kita, my mum dh risau sebab dh bulan 6 aku masih lg blm msuk kolej.

     
                 Pada suatu petang my mum balik bersama dgn sehelai surat khabar. Dy minta aku pergi temuduga kt temerloh katanya ada kolej tgh cari student. Dy sruh pergi sebab aku ckp nk amik bidang perniagaan kebetulan kt kolej 2 ada bidang 2. Aku ney mne la reti bab2 temuduga bagai ney. Xpernah pg temuduga kt mne2 pn. Bkn ape takut penemuduga 2 hensem n macho. Nti law dy tnya soalan dan aku terkial2 nk jawapkan susah(perasanlebih). So aku pn tolak la tawaran my mum 2. Bila aku tola dy pun mula la wt muka dh xthu mcm mne nk pujuk aku tuk smbung belajar. Aku nk keja dy xbg, nk xnk aq pn setuju n prgi latemuduga 2. Senang n ringkas je kot bkn temuduga sgt pn. Aku pn memilih tuk masuk sana. Kononnya ada kolam rekreaksi ada pantai yg cantik2. So aku pn berstuju. Tamabahan pula aku nk dekat dgn buah hati aku yg duk kt Muar Johor. Boleh la jumpa kalau ada masa kn..??


         *Bermulalah kisah aku di kolej panoramik ini.

     Masa hari pendaftaran aku punya EA. Mulutnya sangat manis mcm gula. Dy ckp ada 1 asrama dihujung pantai 2 hanya untuk student2 yg dapat pointer 3.5 dan keatas. Rumah 2 ada aircond ada swimmingpool, dan  ada kayak. Wah banngganya aku. Hari pertama aku kt kolej aku dn teman2 serumah baru aku pg bandar hari ke2 pg mandi pantai masa 2 betol2 hari terakhir sebelum umat islam berpuasa pada keesokan harinya. Seronok ada ramai kawan tp selalu buka puasa kami 12owg 9perempuan 3lelaki. Makan kt bawah pokok depan asrama kami la. Xlarat nk naik atas rumah tgi (tingkat3jepn).Baru sebulan dh ada kes EA tipu duit student. Lame2 baru aku perasan rupanya kolej aku terperuk jauh kt hujung negeri hujung kampung pinggir hutan paya bakau kawasan nelayan dan asrama yg EA aku ckp 2 sebenarnya utk student pra sekolah yg ramai bilangannya. Dan masa aku cuti semester 2 dan 3, aku dgr dh dua kali kolej aku kena saman sebab jdkan kabin sebagai bilik kuliah. Ye la sekolah pn ada bangunan sendiri kn..??kolej aku ney lg teruk dari kolej2 yg lain. Sedihkan..?? Aku dh niat nk pindah kolej tp ada yg cakap bayarnya 6K hakikatnya tidak. Aku dh dapat tawaran yg lebih balik iaitu poly tech mara kt kuantan. Dh ada yg ckp mcm 2 so aq pn xjd la pindah lg pun time 2 aq tgh putus cinta, n aq dh berjanji dgn 2owg sahabat baik aku(lelaki) xnk pindah. Tup2 dyowg yg pindah. Hampeh punya kawan.


           And now nak menyesal pn dh xguna aku dh pn masuk semester 4 tgl lg setahun je lepas 2 aku akan sambung amik kemahiran di kolej intergrasi felda dn aku nk buka butika ku sendiri. Nama Butik aku D'Hanie Butik. Dekat sini dunia aku hanyalah bilik tido dan bilik kuliah. Okey gak an...??law kt bandar teruk my mum. Aku law dh keluar mesti bnyak belanja. Kadang bosan juga sebab kurang berhubung dgn dunia luar pekan jauh bandar jauh. Law nk keluar kena naik bas. Nk bawak motot kt sini my dad bukanya bg bahaya ktanya. Kereta blm mpu beli. Urm no tv, internet pn xbape ok. Bila aq stress belajar aq pg la pantai lepaskan kesedihan dan amarah aku.

             Kesimpulannya jgn la mudah percaya ckp owg 100% siasat dan check betol2 bru la buat keputusan jgn jd mcm aku. Dan jangan wt keputusan melulu semata2 tuk owg yg kita cintai sebab owg yg kita cinta 2 belum tentu akan lakukan benda yang sama mcm kita lakukan. That all. Mata dh ngantuk nk tdo ney. Gud bye see u again.


Assalammualaikum
Tak jawab rindu kalau jawab sayang.(bukansayaok)