Pages

Chatroom



Wednesday 9 May 2012

Sepi Mencari Cinta


Kata orang cinta kedua tak seindah cinta pertama malah cinta kedua itu selalunya akan membawa kebahagiaan kepada kita. Kata-kata itu memang tidak dapat dinafikan apatah lagi disangkal bila buktinya ternyata ada didepan mata kita, namun sebaliknya pula berlaku pada insan nan ayu ni. Pahit mana sekali pun  kenyataan itu Arwinna harus menerimanya jua meskipun seluas lautan airmatanya gugur, meskipun sedalam jurang Mariana hatinya merintih dan merayu, takdir yang tertulis tidak dapat mengubah nasib hidupnya. Perkenalannya dengan Aidil Shah Fitri telah banyak mengajarnya erti cinta dan kehidupan. Setelah 3 tahun berlalu Aidil  Shah Fitri telah pergi dari hidupnya.

3 tahun yang lalu.
            “Hanna, awak sayang saya tak?”soal Aidil Shah Fitri.
“Mestilah saya sayang awak. Kenapa awak tanya macam tu,awak tak yakin pada cinta saya terhadap awak?”soal Hanna Arwinna.
             “Awak walau apapun terjadi kepada hubungan kita nanti, saya nak awak tahu yang saya sayang sangat kat awak.”ujar Aidil Shah Fitri lagi.
“Awak tolong jangan cakap macam tu, saya tak mahu dengar lagi. Saya sayang awak, saya takut kehilangan awak.” balas Hanna Arwinna. Aidil Shah Fitri hanya mampu tersenyum mendengarnya.
‘Hanna sebenarnya saya terpaksa melepaskan awak tapi saya tak tahu macam mana nak bagi tahu awak. Adlina bekas kekasih saya mahu saya menjalinkan semula hubungan kami yang terputus dulu, cinta pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan. Begitu jugalah dengan saya awak,saya memang sayang dan cintakan awak tapi hati saya lebih kepada dia. Saya tak mampu untuk memiliki kedua-duanya, awak terlalu polos untuk disakiti namun apakan daya,saya harus memilih salah satu antara awak dan dia. Saya telah memilih untuk menerima Adlina kembali. Terima kasih kerana telah membahagiakan hari-hari sepi saya walaupun cuma seketika, maafkan saya Hanna.’desir hati Aidil Shah Fitri.

*******
                        “Aidil saya tengok awak latelly ni macam nak tak nak je layan saya. Bila saya ajak awak keluar lunch,awak kata awak sibuk,bila saya ajak awak pergi picnic awak cakap awak tak sihat. Awak macam mengelak dari saya,kenapa Aidil saya ada buat salah pada awak ke?”soal Hanna keliru.
“Tak ada apa-apa, saya ada banyak assignment la.” balas Aidil acuh tak acuh.
 “Tapi sebelum ni awak tak macam ni,walau sesibuk mana pun awak tetap keluar dengan saya. Awak tetap layan saya macam dulu. Awak ada masalah ke? Kalau awak ada masalah ceritalah dengan saya.”
“Awak ni tak faham bahasa ke? Saya cakap tak ada apa-apa, tak ada apa-apalah. Kenapalah awak ni degil sangat? Saya rimaslah”tengking Aidil Shah Fitri kemudian berlalu pergi. Hanna Arwinna terkedu,belum pernah sekali pun Aidil menengkingnya sepanjang perkenalan mereka. Apa yang dah terjadi sebenarnya, kenapa Aidil berubah dengan begitu mendadak sekali? Setiap panggilan Hanna kini sekali pun tidak dijawap,apatah lagi membalas mesejnya. Setiap kali bertembung di perpustakaan mahu pun di kafe Aidil pasti akan mengelak untuk bertemu dengannya. Hanna keliru. Kekeliruan itu membuatkan Hanna terpaksa berkeras untuk bertemu dengan Aidil, perkara ini harus dibincangkan.
“Aidil saya nak bercakap dengan awak.”ujar Hanna Arwinna tegas.
             “Awak nak cakap apa, awak tak nampak saya tengah sibuk ni?”
“Aidil kita kena bercakap ni soal hubungan kita. Kenapa awak buat saya macam ni, apa salah saya pada awak?”
            “Awak tahu apa salah awak? Awak nak tahu apa salah awak? Salah awak sebab buat saya mencintai awak. Saya tak tahu macam mana saya boleh jatuh hati pada awak”
“Kenapa saya? Saya tak pernah paksa awak mencintai saya, saya cuma beri awak peluang untuk mencintai saya. Sama ada awak nak atau pun tidak itu hak awak, kalau awak tidak mencintai saya kenapa awak bagi saya harapan? Kenapa awak buat saya terima awak? Awak yang buka pintu hati saya untuk terima cinta awak, bila saya dah mula mencintai awak, dah mula sayang pada awak, awak pula mahu menghancurkan cinta saya pada awak.” Ujar Hanna dalam linangan airmata.
            “Saya sebenarnya langsung tidak mencintai awak. Saya cuma mahu mempermainkan awak tak sangka pula yang awak benar-benar mencintai saya.”ujar Aidil Shah Fitri bersahaja.
“Kenapa awak? Kenapa awak buat saya macam ni, apa salah saya pada awak?”soal Hanna Arwinna
            “Saya nak awak rasakan apa yang pernah saya rasa. Saya nak awak rasa macam mana sakitnya dipermainkan dan sakit ditinggalkan kekasih kerana itu yang saya rasa saat bekas kekasih saya tinggalkan saya dulu.”
“Apa salah saya awak? Apa salah saya pada awak? Sanggup awak buat saya macam ni sedangkan dihati saya sedikit pun tidak pernah terlintas mahu menyakiti hati awak. Setulus hati saya mencintai awak tapi awak sanggup hancurkan seolah-olah awak tidak punya hati dan perasaan. Awak kejam awak jahat saya benci awak.”Ujar Hanna Arwinna dan berlari pulang ke kediaman Aspurinya. Di bilik Hanna menghamburkan tangisannya.
     “Arrrggggggggghhhhhhh…………….”jerit Hanna rakan-rakan sebiliknya terkejut mendengar jeritan Hanna segera melihat keadaannya namun pintu biliknya terlebih dahulu dikunci dari dalam.
“Hanna kenapa ni? Are you ok?”soal Akma salah seorang rakan biliknya sambil mengetuk pintu bilik mereka namun yang kedengaran suara tangisan Hanna.
“Hanna jangan macam ni nanti awak sakit.”ujar Syahida pula. Mereka segera membuka pintu bilik menerusi kunci kedua yang ada dalam simpanan Akma. Sebaik sahaja pintu Berjaya dibuka alangkah terkejutnya melihat keadaan Hanna ketika itu.


*********

Desiran angin sejuk menyapa tubuh seorang gadis yang sedang berjalan-jalan digigi air. Ombak kecil bermain-main di kaki gadis itu. Sejenak gadis itu berhenti dan melabuhkan punggungnya duduk di atas pasir yang memutih dipinggiran pantai itu sambil merenung jauh memerhatikan terbitnya matahari dipagi nan indah itu. Segalanya telah berlalu kini sudah 3 tahun dia meninggalkan alam siswazahnya, kini dia sudah bergelar seorang pensyarah di salah sebuah Universiti  tempatan. Akma sudah berjaya menjadi seorang akauntan negara tidak lama lagi akan bergelar isteri orang. Syahida pula sudah memiliki dua cahaya mata sedangkan dirinya pula masih tercari-cari cinta sebenarnya.
“Awak kini sudah 3 tahun berlalu. Saya masih tak dapat melupakan awak namun apa yang pasti rasa cinta saya pada awak kini sudah hampir terpadam, sehingga kini juga saya masih belum jumpa pengganti awak. Bukan kerana tidak ada yang mahukan saya tapi saya telah tutup pintu hati saya untuk semua lelaki sejak hari pertama awak tinggalkan saya. Sukar untuk saya mencari pengganti yang sama persis awak namun saya yakin Allah S.W.T telah menetapkan jodoh yang lebih baik untuk saya, saya hanya mahu berpegang pada prinsip cinta selepas ijabkabul itu lebih indah. Saya percaya suatu hari nanti saya akan bertemu jua dengan jodoh saya yang sebenarnya. Awak walau dimana pun awak berada saya doakan awak bahagia meskipun bukan bersama saya.”ujar Hanna sendirian.
“Tahniah Ma,lepas ni korang nak honeymoon kat mana?”soal Hanna Arwinna mengusik pengantin baru Akma dan Aidit.
“Tak tahu lagi, yang tu kena tanya Akma la.”jawab Aidit.
“Erm Hanna rasa kalau tanya Akma jawapanya mana lagi kalau bukan Cameron. Tempat kesukaannya betol tak Ma?”usik Hanna Arwinna lagi.
“Hanna lepas ni kau nak ke mana?”soal Akma
     “Aku dapat tawaran buat master dekat luar negera. Bumi kangaroo, seperti yang pernah aku cakapkan dulu. Memang aku teringin sangat menjejakkan kaki ke sana. Insya-Allah  dalam 4 tahun lagi aku akan balik sini semula. Minggu depan aku akan berangkat ke sana.”ujar Hanna Arwinna.
“Hanna kau masih ingat Aidil lagi ke?”soal Akma lagi.
     “Bohong kalau aku kata aku tak ingatkan dia. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia lagi pun dah tiga tahun berlalu.”
“Sabarlah Hanna semua ni ada hikmah disebaliknya”pujuk Akma
            “Thanks Ma.”ucap Hanna Arwinna
Kini selamatlah sudah Hanna menjejakkan kakinya di bumi kangaroo ini, walau perit mana sekali pun kenyataan itu. Hanna harus menerima hakikat yang satu ini. Life must be go on, gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya. Kata- kata nista yang pernah Adlina lemparkan dulu menjadi penguat semagat untuk Hanna teruskan hidup. Dia harus membuktikan yang dia bukan perempuan murahan seperti yang dituduh oleh Adlina. Segala memori bersama Aidil Shah Fitri telah Hanna tinggalkan sewaktu dia meninggalkan balai berlepas. Semoga dia menemui kebahagiaan yang dicari selama ini dan semoga dia menemui pemilik sebenar tulang rusuknya sebagai mana Adam kembali bertemu Hawa. Amin.

Created ,

4 comments: