Pages

Chatroom



Friday 23 November 2012

Jangan Lepaskan Cinta Itu Bab 3


   H
ari pertama Dhia Qristina masuk kelas bersama hari pertama umat Islam menyambut puasa bulan ramadhan. Kelas pertamanya pagi itu adalah kelas asas pengurusan dengan Madam Maryam. Mulanya ingatkan kelas sains pengurusan. Maklumlah masa tingkatan lima baru minat belajar sains tu yang terbawa- bawa sampai ke sini tu. Orang pertama yang menyapanya dalam kelas tu ialah Ofi atau nama sebenarnya Hilda Ofifah. Nampak macam budak suka buli orang je tapi dia sebenarnya baik. Sebelah petangnya pulak adalah kelas math. Aduh math-math ni yang lemah sikit ni.
   
      Mula-mula macam bestlah sikit ya kelas baru mula so sesi perkenalanlah dulu kelas berlangsung tidak lama tak sampai setengah jam dah boleh balik. Di sinilah perkenalan Dhia Qristina dengan rakan baiknya Erna Ruzainie dan Nur Dhamira . Erna Ruzaini merupakan anak jati nogori sombilan ni ha. Sekarang dalam kos DPA Diploma Perakaunan sama dengan Nur Dhamira. Subjek kami yang sama bezanya cuma dia orang ambil subjek akaun mana kala Dhia pula asas pengurusan dan ekonomi. Untuk semesta satu ni sama kelas la semesta seterusnya tak tahulah lagi.

          Hari-hari Dhia seterusnya disini sangat gembira. Tambahan pula selepas kelas Dhia sering berbual dengan kekasihnya itu. Biasanya dia akan kejutkannya dari tidur. Orang kerja malam la katakan.

      “Assalammulaikum Bie dah bangun belum ni?”

“Waalaikumsalam,sayang rasa Bie dah bangun ke belum?”

      “Erm belum la tu kan,pukul berapa nak bangun ni Bie? Bangun la mandi. Masam tahu awak balik semalam mesti tak mandi kan?terus tidur je.”marah Dhia Qristina

“Bie mengantuk la sayang.”

      “Subuh pagi tadi mesti main burn aje kan? Tak tahu ape sayang nak cakap lagi dah. Bangun la Bie.”

“Ya la..ya la..Bie bangun la ni.”

    “Tu apa yang tarik selimut agi tu?”

“Hish sayang ni tahu-tahu je. Ya la..ya la Bie bangun ni hah”

      “Mesti la sayang dah siap pasang CCTV ag kat bilik Bie tu tau”

           Dhia bersembang di tepi pokok berhampiran pantai. Kalau nak tahu kolej ini betul-betul depan pantai. Kalau nak cari remis,kupang atau apa sahaja hiduapn laut turun je la kat pantai tu. Dhia Qristina ni kalau dah sembang tangan mula la asyik nak merayap je kat pokok tu. Habis kulit pokok tu dikupas. Memang sah tak ada kerja betul budak seorang ni,kalau pokok tu boleh bercakap dah tentu dia kena marah punya dengan pokok tu. Hehehehe biasa la siapa tak kenal Dhia Qristina. Tiba-tiba talian putus.

         Hahahaha...janganlah terkejut kredit habis da. Tak lama kemudian handfon Dhia berbunyi. Dhia tersenyum melihat nama si pemanggil. Roti Canai gelaran Dhia untuknya. Kalau semua nak tahu kerja kekasihnya sebelum ni adalah buat roti canai. Saat pertama Dhia Qristina kenal dia adalah seorang pembuat roti canai. Dulu Dhia memang suka panggil dia roti canai sampai sekarang nama tu masih kekal walau pun sudah dua tahun kami bersama, masih belum ubah nama tu. Buat kenangan kata orang,setelah agak lama kami bersembang Dhia Qristina meminta diri untuk ke kelas seterusnya. Talian di matikan Dhia tersenyum sendirian. Bahagia

         “Amboi lamanya sembang”tegur salah seorang rakan sekelasnya. Dhia hanya tersenyum bahagia seolah-olah dialah orang paling bahagia di dunia ni. Sedar atau pun tidak sudah tiga  minggu Dhia Qristina menjadi siswazah. Bereti sudah tiga minggu umat islam berpuasa. Seminggu lagi umat islam akan menyambut syawal.petang yang damai tiba-tiba berubah wajah anign bertiup kencang menandakan yang hujan akan turun sebentar lagi. Seperti kebiasaannya sambil menunggu bas Dhia berSMS dengan Aidil.

          Slm awk.wt pe 2?

Wslm,tengah kemas kedai.

      Dh mkn ke belum ney?  Soal Dhia Qristina padanya tidak lama kemudian bas yang sering  dinaiki ke kuliah tiba. Dhia terus berSMS dengannya sampailah masuk ke bilik.
Awk nk tnya ckit lh x?erm....awk cintakn sy x?

X... balas Aidil bersahaja

      Tapi knpa?seblm ni awk ckp awk syg n cintakn sy.soal ku kehairan.

Sy tipu je selama ni sy xprnh cntakn awk. Saya Cuma main2 je. Sy cuma nk awk rasakan ape yg sy dh lalui.

           Tapi knpa?ape slh sy pd awk knapa awk buat sy cm ni?awk kejam sampai hati awk.soal Dhia Qristina lagi. Laju airmata yang mengalir dipipinya. Sayu rasanya hati dipermainakan selama tidak disangka ini akhir cintanya. Pantas jari Dhia Qristina mendail nombor Roy

         “Kenapa awak buat saya macam ni?apa salah saya pada awak?tak cukup ke kasih sayang dan cinta yang saya berikan. Kenapa awak sanggup tipu saya?kenapa baru sekarang baru awak cakap semua tu.kenapa tak sebelum ni awak berterus terang dengan saya?kenapa saat hati saya sedang merka mencintai awak,awak hancurkan segalanya”soal Dhia Qristina bertubi-tubi kepada Rohaidil Fitri.

“Saya cuma permainakan awak. Saya Cuma nak awak rasa apa yang telah ex-saya lakukan pada saya”

         “Awak memang kejam. Awak jahat saya benci awak”marah Dhia Qristina lagi seraya menghempas handfonnya ke lantai.
              
     “ARRRGGGHHH.................”lantang suaranya menjerit hingga mengejutkan rakan-rakan serumah. Dhia Qristina teresak-esak menagis. Ingin lepaskan segala yang terbuku di hati sungguh tidak percaya dia sanggup mempermainkan perasaan Dhia Qristina.

       “Dhia.Kenapa ni?cakap dengan akak siapa yang buat Dhia menangis ni?’soal Kak Syidah rakan serumahnya itu.

“Cakap dengan akak dik kenapa ni?”soalnya lagi. Dhia Qristina menangis sambil memeluk dirinya. Semahu-mahunya Dhia menangis rasa separuh mati menahan sakit dihati. Bukan sakit kerana dipermainkan tapi sakit kerana tidak tahu pada siapa dapat dia luahkan perasaan yang terluka ini. Lama kelamaan Dhia Qristina terkulai layu di sisi Kak Syidah. Terkejut melihat keadan Dhia seperti itu Kak Syidah cuba memangilnya berberapa kali namun tiada respond. Kak Syidah terus menelefon fello asrama. Dhia Qristina dikejarkan ke Hospital Port Dickson. Agak lama berada di dalam wad kecemasan. Tidak lama kemudian doctor yang merawatnya keluar temui Kak Syidah
*********
    “Kamu keluarga pesakit ke?”soal doctor tersebut

“Saya rakan serumahnya. Bagaimana keadaan Dhia doctor?”soal Kak Syidah pula

“Keadaanya setabil. Awak tak perlulah risau sekarang ni dia tengah tidur. Kalau dia dah sedar panggil saya ya.”kata doctor tersebut kemudian berlalu pergi. Kak Syidah menemani ku malam itu. Keluarganya tidak diberi tahu kerna telah berpesan pada Kak Syida sekiranya terjadi apa-apa padanya jangan beri tahu kecuali keadaannya benar-benar parah sahaja.

  “Aidil...Aidil”panggil Dhia Qristina dengan mata yang masih pejam.Kak Syidah yang tertidur di sebelah turut terjaga mendengar suaranya yang meracau-racau di dalam tidur.

    “Dhia....Dhia..bangun dik”panggil Kak Syiadah risau melihat keadaan Dhia Qristina saat itu. Kak Syidah resah melihat Dhia yang masih belum sedar itu,tanganya diletakan di dahi serta di leher Dhia. Ya Allah panasnya. Kak Syidah segera memanggil doctor. Tidak lama kemudian doctor yang merawat Dhia datang. Segera Dhia diberi ubat penenang dan ubat demam kerana suhu badannya yang terlampau panas.
Dhia Qristina terjaga kala jam menunjukan 5.25pagi. “Kak Syidah”panggilnya lemah

           “Kak Syidah”panggil Dhia lagi namun tiada respond. Mungkin penat semalaman menjaganya. Dhia mengeluh sendirian,kenangan semalam terlayar kembali di ruang matanya. Tanpa disedari airmatanya mengalir laju di pipi. Begitu hebat dugaan itu. Tanpa sempat dirinya ingin merasa kebahagian pantas hatinya dibaluti kelukaan yang teramat menyakitkan,sungguh tak sangka bertapa kejamnya dia di perlakukan sebegitu. ‘Awak tegarnya awak melakukan saya sebegini. Kenapa awak buat saya macam ni awak?apa salah saya pada awak?’soal Dhia Qristina sendirian. Makin kuat esakannya menghembuskan segala kesakitan yang bersarang di hati.

         “Dhia..Dhia..kenapa ni?Dhia sakit lagi ke?kenapa menangis ni dik?”soal Kak Syidah

“Kak sakitnya kak. Kenapa dia tipu Dhia kak?”tangis Dhia lagi

        “Sabar la Dhia.”ujar Kak Syidah lagi.

            Dalam pada itu ada seseorang yang sedari tadi memerhatikan dua rakan serumah itu. Jeng jeng jeng,siapa lagi kalau bukan doctor yang merawat Dhia Qristina tadi. Hensem doktor ni umurnya dalam lingkungan 26 tahun. Muda lagi dan yang paling penting belum kahwin gitu. Wajahnya iras-iras Farid Kamil. Kenapa ek dia tercegat kat pintu tu?terpikat dekat Dhia Qristina atau terpikat pada Kak Syidah?kalau nak tahu ikuti la espisod seterusnya. Lupa nak cakap nama doctor tu ialah Doktor Farhan Fazli 

         “Assalammualaikum.”sapa doktor Farhan Fazli. Manisnya senyuman dia.

“Waalaikumsalam”jawap kami serentak

      “Dhia macam mana hari feeling better?” soal doktor tu lagi. Dia macam biasa melakukan kerja-kerja rutinnya. Dhia hanya tesenyum.

“Suhu badan Dhia nampaknya masih belum berkurangan. So  saya terpaksa tahan Dhia untuk dua atau tiga hari lagi sehingga keadaan Dhia setabil”kata doctor muda itu lagi.

          “Ala kak Dhia tak nak duduk kat hospital ni. Akak kan tahu Dhia memang tak suka duduk hospital. Dhia tak nak kak. Dhia tak nak.”ujar Dhia Qristina dalam tangisan. Kenapalah sekarang ni air mata ku begitu mudah mengalir?

 “Akak tahu dik. Tapi ni la satu-satu caranya tuk adik sembuh. Lagi pun kalau balik adik bukan reti nak jaga kesihatan. Sibuk dengan buku sekolah,sibuk dengan buku novel.”bebel Kak Syidah. Nak atau pun tidak terpaksalah Dhia tinggal dihospital ini untuk berberapa hari lagi. Orang yang setia menemainya setiap hari adalah Kak Syidah. Kadang kala ada juga rakan-rakan sekelasnya yang lain datang menanyakan khabar.

*******

         Petang itu Dhia bersiar-siar sendirian di laman hospital. Bosan duduk di wad. Sengaja dia suruh jururawat itu tinggalkannya sendirian disitu. Hujan merintik tiba-tiba. Dhia kegelisahan,’Mana nurse ni kang basah kehujanan aku kat sini’entah di mana silapnya kerusi roda yang dudukinya itu tergelincir. Saat itu Dhia Qristina hanya mampu memejamkan mata. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menyambut tubuhnya dari terjatuh ke bawah. Hospital ni teletak diatas bukit tapi tak ada la tinggi mana. Dhia Qristina segera membuka mata dan matanya bertemu dengan mata orang yang menyambut tubuhnya itu. Tengku Aidil Syahriz rakan sekelas yang sama jurusan denganya. Terpaku ku pada pandangan matanya.

    “Dhia...Dhia...awak tak apa-apa?”soalnya.
Tiba-tiba tubuh Dhia lemah dan tidak lagi sedar lagi. Hujan turun dengan lebatnya,melihat akan keadaan Dhia itu Tengku Aidil Syahriz segera mengendong Dhia Qristina membawanya ke dalam hospital.



  







No comments:

Post a Comment