Pages

Chatroom



Friday 16 November 2012

Jangan Lepaskan Cinta Itu Bab 1


s
uasana bising dipersekitaran sekolah,pelajar keluar masuk ke kelas sesuka hati maklumlah guru lambat masuk pelajar pun buatlah lawatan dari kelas ke kelas mengelilingi sekolah. Kelihatan beberapa orang guru setia menanti bekas-bekas pelajarnya di dewan sekolah,keputusan S.P.M sudah keluar.

        “Weh ,macam mane ni ada kata pakai baju sekolah ada kata pakai baju kurung?”

      “Erm,Mida call la teacher Mariam tanya pakai baju ape ney?”soal Dhia Qristina kegelisahan.

 “Teacher cakap pakai baju kurung.”balas Asmida yang ,merupakan rakan seangkatan dengannya.

    “Makna aku boleh masuklah,korang kena balik tukar baju la.”

“Alah”keluh Eiby

“Nak buat macam mana tu la aku suruh pakai baju kurung tak nak. Kalau macam tu aku masuk dulu la ek,tak sabar nak tengok keputusan exam aku ni”balas Dhia lagi

“Erm pergi la kita orang tunggu kau kat luar ni o.k.”

Tinggallah empat sahabat itu di luar kawasan sekolah.”Erm kat mana ek?kat kantin tak nampak orang pun.”gumam Dhia Qristina sendirian

“Erm Cikgu Farid....Cikgu Farid nak ambil result kat mana?”

“Cepat pergi dewan sekolah cikgu kamu dah tunggu kat sana”

“Terima kasih cikgu”

     Dhia Qristina bergegas ke dewan. ‘Nasib baiklah dewan sekolah aku ni tak jauh beribu batu dan tak setinggi gunung kalau tak memang naya aku nak panjat. Hehehehe......merepek je aku ni kan mana ada sekolah setinggi gunung.’ Sempat pula fikir yang bukan-bukankan si Dhia ni la.

“Assalammualaikum” langkah dimulakan dengan memberi salam ketika kakinya menjejaki lantai dewan sekolah,terus mata Dhia Qristina mencari wajah guru kesayangannya iaitu guru kelasnya ustazah Norzayanti

        “Hah,Dhia duduk dulu. Okay ini result awak,tulis kat sini berapa yang awak dapat, sijil ape yang awak terima kemudian tanda tangan kat hunjung tu ya.”

“Baik Ustazah”

        Dhia Qristina terus menulis seperti yang diarahakan. ‘Sebenarnya tak sabar nak balik nak tunjuk result kat mama dengan papa mesti bangga dengan aku walau pun pencapaian aku tidak setinggi kakak ku,tapi sekurang-kurangnya result aku tak menghampakan mereka.’ Selesai semua urusannya di situ Dhia melangkah pergi ke bahagian pentadbiran mengambil sijil-sijil yang masih belum didapatkan dalam masa yang sama sempat lagi dia bertemu dengan beberapa orang guru yang pernah mengajarnya dan mengucapkan terima kasih atas segala ilmu yang telah diberikan padanya. Setelah semuanya selesai Dhia Qristina terus pulang ke rumah.

       “La mana pula budak-budak ni?bukannya nak tunggu aku.”

          Walau pun marah dalam hati kembang setaman dapat result yang terbaik dari sebelum ni. Meski pun tidak seberapa namun Dhia Qristina tetap bersyukur. Setiba di rumah mama dan papa sedang menunggunya di ruang tamu,Dhia Qristina tersengeh-sengeh masuk.

“Dapat berapa result?”Tanya Puan Rayna Qristina

“Tak lulus la tu”tokok Puan Rayna Qristina lagi

   “Lulus la ma”aku segera menunjukan result aku padanya.

“Syukur Alhamdulillah”

“Bagus anak papa ni” makin tersengeh senyumaku bila dipuji oleh Encik Kamal Razlan itu.

“Pa tak ada hadih ke?”soal Dhia Qristina pula

“Nak hadiah apa?”

“Hehehehe....tak payah la main-main ek.”balas Dhia Qristina

Dhia Qristina masuk ke bilik nombor Fieda terus Dhia dail.”Weh korang kat mana?aku dah ada kat rumah dah ni”

“Aku kat rumah Eiby ni ha. Kejap lagi kita orang sampai eh.”

“Ok..ok...ok...aku tunggu korang k”




************

                “Kamu dah isi borang IPT ke Dhia?’soal Puan Rayna Qristina

“Belum lagilah ma. Suruh akak je la dia tahu macam mana nak buat. Orang bukan reti sangat.”

“ Kamu nak ambil kos apa nanti?”

“Entahlah ma nak ambil nurse macam tak dapat je. Ye la result orang pun apa la sangat nak jadi nurse paling kurang Math atau BI kena kredit,orang punya dua-dua tak kredit setakat lulus je la”

    “Tu la kamu ma suruh kamu belajar Math dengan kakak kamu,kamu tak nak”

“Ye la ma”

    “Ma cakap kamu ye la..ye la aje. Habis kamu nak ambil kos apa ni?”

“Tak tahu la ma. Kalau dah payah sangat orang ambil perniagaan je la ma”

    “Pula dah dulu beria-ria sangat kamu nak jadi jururawat sekarang dah tak nak pulak”

“Ye la dah susah sangat. Minta sana tak dapat,minta sini tak dapat. Erm tak tahu la ma lagi pun ok ape nanti akak boleh buka kedai or syarikat sendiri kan?”

“Suka hati kamulah”balas Puan Rayna Qristina

           Setiap hari ada saja posmen berhenti di hadapan rumah . Dhia Qristina Apa lagi kalau bukan menghantar surat tawaran dari kolej-kolej swasta untuknya. Erm..semuanya tak menarik minatnya. Nak kerja mama dengan papanya bukannya bagi last-last mereka bagi Dhia Qristina duit bulanan sebagai upah Dhia Qristina menghantar dan menjemput adiknya pulang dari sekolah. Dhia Qristina taklah kisah sangat pasal duit sebab dia bukannya dari keluarga susah bukan jua dari golongan bangsawan tapi kehiduapan keluarganya sempurna cukup makan dan minum kadang-kadang melebihi semua itu. Senang kira Dhia Qristina ni dari keluarga yang senanglah. Loaded family Dhia Qristina nak kerja sebab nak hilangkan bosan duduk di rumah. Badan pun dah makin naik kut.

      Semakin hari semakin tertekan Dhia Qristina dibuatnya tak tahu kemana arah tuju hidupnya akan datang. Seandainya silap hancurlah masa depannya. Lelah memikirkannya.

“Tunggu je la sampai lepas raya nanti mesti ada lagi peluang masuk IPTA tu”kata Puan Rayna Qristina

      “La tak nak akak nak masuk sebelum raya ni.”

“Nak masuk macam mana lesen motor kereta kamu pun tak habis lagi. Mama suruh ambil motor aje tak nak sibuk nak ambil kereta juga.

   “Ala abang yang ajar memandu tu cakap boleh siap sebelum raya la ma.”

“Suka hati kamu lah. Ni mama ada baca surat khabar ni 12 hari bulan ni ada temu duga dekat Temerloh 
 nanti pergi ajak papa kamu sekali. Kamu kata nak ambil perniagaankan?dalam tu ada kos perniagaan”
     “Ala leceh betul la nak kena pergi temuduga-temuduga bagi ni”

        “Tak nak sudah tak kuasa mama nak cakap lagi semua tak nak”balas Puan Rayna Qristina anak perempuanya yang sorang ni memang susah sikit bab belajar,tapi Puan Rayna senang kerana Dhia tidak suka memberontak macam adiknya dan sering membantunya memasak.

“Ya la..ya la..nanti ma ikut la sekali”

     “Ya la nanti ma ikut.”
     
     Terujanya nak masuk kolej ni. Suasana belajar yang baru kawan-kawan yang baru,mesti best. Segala keperluan yang akan digunakan telah disenaraikan yang tak ada nanti akan beli kemudian. Tak sabar betul la.
          
    Temuduga telah selesai.Dhia Qristina telah bersetuju untuk menyambung pengajiannya di salah sebuah kolej tempatan yang masih baru beroperasi di negeri minang kabau.Universit Tenologi Islam (UNITI) di Negeri Sembilan. Seharusnya dia mendaftarkan diri pada 21 July tapi Dhia Qristina minta tangguh pada 29 July kerana dia masih belum menamatkan pembelajaran di akademi memandu.


No comments:

Post a Comment