Pages

Chatroom



Monday 19 November 2012

Jangan Lepaskan Cinta Itu Bab 2


    M
alam itu Dhia Qristina sendirian di kamar. Kesibukannya menguruskan pembelajaran di akademi dan menyiapkan segala keperluan untuk masuk ke kolej membuatkan Dhia lupa seketika pada si dia. Bukan Dhia tidak perduli padanya,dia sendiri telah dimaklumkan yang bulan ni memang agak sibuk. Katanya dia juga mengerti tapi dalam masa yang sama dia sedih kerana akan berjauhan darinya. Dhia pantas menghubunginya. Dhia terlalu merinduinya.

      “Assalammualaikum awak”

“Waalaikumsalam ya saya”

     “Awak buat apa tu,mengangu ke?”soal ku

“Tak ada la. Pelangan tak ramai hari ni”

    “Owh. Awak dah makan?”

“Belum”

     “La kenapa tak makan lagi kalau sakit nanti siapa yang susah saya juga”

“kalau susahkan awak tak payah ambil tahu pasal saya lagi”

     “Ni kenapa ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba marah ni kenapa?Cuba awak cakap kat saya. Awak 
 merajuk ya sebab saya akan pergi jauh dari awak macam tu ke?”

“Awak sendiri tahu jawapanya.”

     “Awak dengar sini ya sayang. Saya pergi belajar,saya pergi menuntut ilmu bukan pergi jalan-jalan,bukan pergi cari calon suami tau. Kenapa awak takut saya tinggalkan awak kalau saya pergi sana nanti ya?Selagi saya bernafas hati saya hanya pada awak seorang sahaja sebab dalam nafas saya, nadi saya, hati saya sudah tertulis nama awak. Ingat tu ya”

        “Saya pun begitu juga baby.”

“Sudah jangan sedih-sedih lagi ya. Tak tenang saya nanti kalau awak macam ni terus”

      “Baik boss. Nanti mesti saya akan rindukan awak.”

“Ala saya pergi bukan lama pun tiga tahun je kot”

      “Yalah tiga tahun tu lama. Pada saya sehari macam seminggu,seminggu macam sebulan,sebulan macam setahun,setahun macam 1Otahun ni awak pergi untuk 3tahun dah macam 30tahun lamanya.”

“Macam tu pula ya sayang. Hahahahaha......”

        “Baby ni sayang cakap betul-betul dia gelak pula.merajuk la macam ni.”

“Alalala...janganlah merajuk baby gurau-gurau je la.Awak tak nak sambung belajar ke?”

       “Buat masa ni saya tak minat lagi la. Saya nak kerja dulu”

“Ya la tapi sampai bila awak nak kerja dengan abang ipar awak tu? Tak kan samapi bila-bila awak nak kerja kat kedai abang awak tu? Fikirkanlah sayang saya cakap ni bukan untuk orang lain tapi untuk masa depan awak juga.”

      “Entah la awak,saya belum fikirkan semua tu lagi. Saya belum rasa nak belajar lagi”

“Ikut suka awak la. Saya tak paksa nanti takut awak tak suka pulak.”macam mana la aku nak tolong dia ni. Cakap orang tak makan makan langsung. Hai sayang aku ni memang tak nak dengar cakap langsung.

       “Baby”

     “Baby..mengelamun ya?orang tengah cakap dengan dia,dia boleh lagi mengelamun. Iskh...iskh...”

“Sorry sayang”  

       “Nanti dah duduk sana jangan lupakan saya ya. Saya kat sini akan terus setia menunggu awak”

“Insya-Allah awak. Saya pun akan setia pada awak.”

                     “Dah pergi la tidur esok nak jalan jauhkan?”

“Ok selamat malam sayang Assalammulaikum”

       “Selamat malam baby,Waalaikumsalam”

           Perjalanan ke kolej mengambil masa empat jam. Jenuh juga mencari ya la tak pernah sampai ke sini kan. Aku hanya diam sepanjang perjalanan.

      “Biar betul kolej kamu kat sini Dhia hutan je mama tengok”

“Entah la ma. Nak buat macam mana terima aje la”

       “Tulah kamu tak sabar sangat nak masuk kolej”

           Dhia hanya diam membisu. Akhirnya kami sampai ke destinasi yang di tuju. ‘Pergh biar betul ni tempat yang akan menjadi tempat aku menimba ilmu. Terpinggir dalam hutan,kata tepi laut batang hidung laut pun aku tak nampak.’soal aku dalam hati. Selesai pendaftaran Dhia mengekori EA untuk cari warden yang akan menentukan rumahnya nanti. Pergh tingginya rumah aku. C-3-15.

      Dhia memilih bilik pertama yang akan menempatakan 4orang buat masa ni cuma dia dan seorang yang masih belum temui. Rumah tersebut mempunyai 3bilik 2bilik mandi.2bilik untuk empat orang,1bilik untuk 2orang. Selepas mengangkat semua barang. Dhia menyalami tangan papa dan mama. Kini tinggallah Dhia sendiri menjalani hidup sebagai seorang siswi. Dhia masuk ke rumah dan membersihkan diri serta mengemas barang-barang tidak lama kemudian rakan sebiliknya balik. Dhia mengenalkan dirinya,sambil mengemas Dhia berSMS dengan Rohaidil Fitri. Siapa? Kekasih hatinya tulah.

     Salam. Awak saya,dah sampai.

Ya ke? Bgus la tu. Sayang dpt bilik kongsi2 eh?

        A’ah. Knape?

Comel x roommate syg tu?

       Syg lgi comel

Ye ke? Ney yg wt bby mkin syg kt syg ni

       Kembang setaman hatinya dipuji sebegitu. Hehehehe....hari pertama Dhia mengikut housematenya pergi ke pekan beli barang first time kot pergi naik bas. Agak mahal juga tambang basnya. Memang adatlah berada di tempat baru,kalau tak nak sesat kenalah rajin-rajin kan mulut bertanya. Habis 1 pekan tu kami jelajah,main pusing sampai pening. Hari kedua kami pergi Teluk Kemang salah satu kawasan pelancongan yang popular di Port Dickson ni,esok kan dah nak puasa so mainlah puas-puas.

            Kami dapat offer naik banana bot berharga Rm10 seorang.Happening giler,permainan ni agak merbahaya dimana kami akan dijatuhkan dari atas bot. Apabila isyarat diberikan kami harus melepakan tangan dari pengangan bot secara automatik kami akan jatuh ketepi laut. Entah di mana silapnya rakan dihadapan Dhia melepaskan tangan dan dia juga ikut terjatuh dari atas bot tersebut. Bayangkan hanya kami berdua sahaja di tengah-tengah laut. Rasanya ajal semakin mendekat,airnya yang hijau membuatkan hati cukup bergetar risau sekiranya lemas atau hanyut dibawa arus laut itu. Rakan-rakan yang lain jatuh berhampiran pantai di sebelah sana. Walau pun kami diberi pakai jeket keselamatan rasa takut tetap ada.

           Kali kedua kami dijatuhkan berhampiran pantai tempat kami akan bermain nanti syukur Alhamdulillah. Namun begitu kali ini terdapat kemalangan kecil dimana salah seroang housemate ku mengalami kecerderaan pada kakinya. Salah seorang rakan lelaki kami tunjuk gentelmentnye mengendong housemate Dhia ketepi pantai. So sweet laa..tiba-tiba handfon ku berbunyi. Siapa lagi yang call kalau bukan Rohaidil Fitri Masa tu Dhia baru naik ke darat untuk makan lapar.

       “Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam”jawap Dhia lembut.

      “Kenapa lambat jawap fon,call berkali-kali tak angkat?”

“Maaflah awak saya tengah mandi tadi. Saya kat tepi pantai ni,mandi dengan kawan”

              “Dengan kawan ke dengan pak we baru?Awak tak cakap kat saya pun yang awak nak pergi pantai dengan kawan-kawan awak”

 “Kenapa ni? Saya tak plan pun nak pergi pagi tadi diaorang ajak. Saya mintak maaf awak. Awak nak tahu tak tadi saya naik banana bot. Best giler tapi kan awak yang first saya jatuh tu kat tengah-tengah laut. Ya Allah bertapa takutnya saya. Rasanya macam dah nak mati je awak ”

        “Ishh awak ni menakutkan saya aje tahu. Lain kali jangan naik lagi bahaya. Awak tahukan yang saya 
sayangkan awk”

“Sayang jugak. Tadi marah-marah”

    “Mana ada. Marah-marah sayang je.”

“Kalau sayang kenapa awak sanggup tuduh saya macam tu”

      “Maafkan saya.”

“Erm tak pe lah. Saya nak pergi sambung mandi ni balik nanti saya mesej awak ye.?”

       “Hati-hati sayang. Jangan main jauh-jauh nanti lemas.”

“Ya bye. Assalammulaikum.”talian segera dimatikan

    Lepas makan dalam setengah jam aku turun ke laut lagi. Seronoknya tak terkata maklum la sejak arwah datuknya meninggal jarang sekali Dhia dapat mandi laut. Sekarang dah belajar kat sini boleh la pergi mandi pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment