Pages

Chatroom



Thursday 19 September 2013

Sahabatku, Rakanku, Kawanku Jangan Dilupakan Aku

          Dulu masa zaman sekolah tak pernah fikir pun apa akan jadi pada masa depan
semua berlumba-lumba nak dapatkan keputusan paling cemerlang dalam perlajaran dan sukan..selalu ikut2 kawan. Bila kawan masuk hoki kita pun masuk hoki, bila pergi makan semua makan sekali,beratur sama-sama baca doa sama-sama pergi sekolah jalan kaki pun sama-sama. Tak pernah kisah apa orang nak cakap,tak kisah akan dunia lain hanya kita dan sahabat kita sahaja...bila dapat markah dalam exam sebuk nak tahu keputusan kawan2 kita kan..?? bila kawan kita dapat markah tinggi kita xnk bgthu kawan kita, kita akan cakap " Aku punya tinggi ckit je dari kau" atau pun bila dapat markah rendah kita cakap "Ala kau punya markah lagi tinggi dari markah aku." tapi kawan kita tetap nak tahu markah kita dan kita pun macam tu. Banya kenangan manis masa zaman sek..sejak dari usia 7 tahun smpai la usia kita 17 tahun semua indah dan manis untuk dikenang.


                   Tamat saja zaman persekolahan masing2 bawa haluan sendiri, sowg ke utara seorang ke timur seowg ke barat dan sowg lagi ke selatan. Semua nak pergi berdikari,lupa janji zaman sekolah nak sambung belajar sama-sama. Lupa janji persahabatan tak nak terpisah dengan kawan-kawan..kini janji tinggal janji..bila dah berjauhan dan lost contac lupa pada segalanya..kawen hanya jemput mana yang ingat je..10 tahun kemudian sebuk nak buat renion sek, katanya rindu pada kawan-kawan sekolah. habis tu selama 10 tahun tinggalkan kawan-kawan ada x kita ingat pada mereka..ada tak kita cuba cari mereka..?? Masing2 sebuk dengan kerja masing-masing...sebuk kejar harta dunia lupa pada semua yang pernah dimiliki dulu..orang-orang yang pernah menyayangi dirimu, yang pernah bersama kamu mencapai kerjayaan...


                  10 tahun perpisah tak akan mungkin dapat kita lupakan kenangan manis waktu tu, kenangan yang tak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit.. Rindunya saat-saat itu. Pada mereka yang menghargai sahabat-sahabat mereka taniah kerana anda bukan seorang yang lupa pada asal usulmu, pada mereka yang lupa pada rakan-rakan mereka, carilah semula erti persahabatan itu.