H
|
ari
pertama Dhia Qristina masuk kelas bersama hari pertama umat Islam menyambut
puasa bulan ramadhan. Kelas pertamanya pagi itu adalah kelas asas pengurusan
dengan Madam Maryam. Mulanya ingatkan kelas sains pengurusan. Maklumlah masa
tingkatan lima baru minat belajar sains tu yang terbawa- bawa sampai ke sini tu.
Orang pertama yang menyapanya dalam kelas tu ialah Ofi atau nama sebenarnya
Hilda Ofifah. Nampak macam budak suka buli orang je tapi dia sebenarnya baik.
Sebelah petangnya pulak adalah kelas math. Aduh math-math ni yang lemah sikit
ni.
Mula-mula
macam bestlah sikit ya kelas baru mula so sesi perkenalanlah dulu kelas
berlangsung tidak lama tak sampai setengah jam dah boleh balik. Di sinilah perkenalan
Dhia Qristina dengan rakan baiknya Erna Ruzainie dan Nur Dhamira . Erna Ruzaini
merupakan anak jati nogori sombilan ni ha. Sekarang dalam kos DPA Diploma
Perakaunan sama dengan Nur Dhamira. Subjek kami yang sama bezanya cuma dia
orang ambil subjek akaun mana kala Dhia pula asas pengurusan dan ekonomi. Untuk
semesta satu ni sama kelas la semesta seterusnya tak tahulah lagi.
Hari-hari Dhia seterusnya disini sangat
gembira. Tambahan pula selepas kelas Dhia sering berbual dengan kekasihnya itu.
Biasanya dia akan kejutkannya dari tidur. Orang kerja malam la katakan.
“Assalammulaikum Bie dah bangun belum
ni?”
“Waalaikumsalam,sayang
rasa Bie dah bangun ke belum?”
“Erm belum la tu kan,pukul berapa nak
bangun ni Bie? Bangun la mandi. Masam tahu awak balik semalam mesti tak mandi
kan?terus tidur je.”marah Dhia Qristina
“Bie
mengantuk la sayang.”
“Subuh pagi tadi mesti main burn aje kan?
Tak tahu ape sayang nak cakap lagi dah. Bangun la Bie.”
“Ya
la..ya la..Bie bangun la ni.”
“Tu apa yang tarik selimut agi tu?”
“Hish
sayang ni tahu-tahu je. Ya la..ya la Bie bangun ni hah”
“Mesti la sayang dah siap pasang CCTV ag
kat bilik Bie tu tau”
Dhia bersembang di tepi pokok berhampiran pantai.
Kalau nak tahu kolej ini betul-betul depan pantai. Kalau nak cari remis,kupang
atau apa sahaja hiduapn laut turun je la kat pantai tu. Dhia Qristina ni kalau
dah sembang tangan mula la asyik nak merayap je kat pokok tu. Habis kulit pokok
tu dikupas. Memang sah tak ada kerja betul budak seorang ni,kalau pokok tu
boleh bercakap dah tentu dia kena marah punya dengan pokok tu. Hehehehe biasa
la siapa tak kenal Dhia Qristina. Tiba-tiba talian putus.
Hahahaha...janganlah
terkejut kredit habis da. Tak lama kemudian handfon Dhia berbunyi. Dhia tersenyum
melihat nama si pemanggil. Roti Canai gelaran Dhia untuknya. Kalau semua nak
tahu kerja kekasihnya sebelum ni adalah buat roti canai. Saat pertama Dhia
Qristina kenal dia adalah seorang pembuat roti canai. Dulu Dhia memang suka
panggil dia roti canai sampai sekarang nama tu masih kekal walau pun sudah dua
tahun kami bersama, masih belum ubah nama tu. Buat kenangan kata orang,setelah
agak lama kami bersembang Dhia Qristina meminta diri untuk ke kelas seterusnya.
Talian di matikan Dhia tersenyum sendirian. Bahagia
“Amboi lamanya sembang”tegur salah seorang
rakan sekelasnya. Dhia hanya tersenyum bahagia seolah-olah dialah orang paling
bahagia di dunia ni. Sedar atau pun tidak sudah tiga minggu Dhia Qristina menjadi siswazah. Bereti
sudah tiga minggu umat islam berpuasa. Seminggu lagi umat islam akan menyambut
syawal.petang yang damai tiba-tiba berubah wajah anign bertiup kencang
menandakan yang hujan akan turun sebentar lagi. Seperti kebiasaannya sambil
menunggu bas Dhia berSMS dengan Aidil.
Slm
awk.wt pe 2?
Wslm,tengah kemas kedai.
Dh mkn ke belum ney? Soal Dhia Qristina padanya tidak lama kemudian
bas yang sering dinaiki ke kuliah tiba.
Dhia terus berSMS dengannya sampailah masuk ke bilik.
Awk nk tnya ckit lh x?erm....awk cintakn sy x?
X... balas Aidil
bersahaja
Tapi
knpa?seblm ni awk ckp awk syg n cintakn sy.soal
ku kehairan.
Sy tipu je selama ni sy xprnh cntakn awk. Saya Cuma
main2 je. Sy cuma nk awk rasakan ape yg sy dh lalui.
Tapi
knpa?ape slh sy pd awk knapa awk buat sy cm ni?awk kejam sampai hati awk.soal
Dhia Qristina lagi. Laju airmata yang mengalir dipipinya. Sayu rasanya hati
dipermainakan selama tidak disangka ini akhir cintanya. Pantas jari Dhia
Qristina mendail nombor Roy
“Kenapa awak buat saya macam ni?apa
salah saya pada awak?tak cukup ke kasih sayang dan cinta yang saya berikan.
Kenapa awak sanggup tipu saya?kenapa baru sekarang baru awak cakap semua
tu.kenapa tak sebelum ni awak berterus terang dengan saya?kenapa saat hati saya
sedang merka mencintai awak,awak hancurkan segalanya”soal Dhia Qristina
bertubi-tubi kepada Rohaidil Fitri.
“Saya
cuma permainakan awak. Saya Cuma nak awak rasa apa yang telah ex-saya lakukan
pada saya”
“Awak
memang kejam. Awak jahat saya benci awak”marah Dhia Qristina lagi seraya
menghempas handfonnya ke lantai.
“ARRRGGGHHH.................”lantang
suaranya menjerit hingga mengejutkan rakan-rakan serumah. Dhia Qristina
teresak-esak menagis. Ingin lepaskan segala yang terbuku di hati sungguh tidak
percaya dia sanggup mempermainkan perasaan Dhia Qristina.
“Dhia.Kenapa ni?cakap dengan akak siapa
yang buat Dhia menangis ni?’soal Kak Syidah rakan serumahnya itu.
“Cakap
dengan akak dik kenapa ni?”soalnya lagi. Dhia Qristina menangis sambil memeluk
dirinya. Semahu-mahunya Dhia menangis rasa separuh mati menahan sakit dihati.
Bukan sakit kerana dipermainkan tapi sakit kerana tidak tahu pada siapa dapat
dia luahkan perasaan yang terluka ini. Lama kelamaan Dhia Qristina terkulai
layu di sisi Kak Syidah. Terkejut melihat keadan Dhia seperti itu Kak Syidah
cuba memangilnya berberapa kali namun tiada respond. Kak Syidah terus menelefon
fello asrama. Dhia Qristina dikejarkan ke Hospital Port Dickson. Agak lama
berada di dalam wad kecemasan. Tidak lama kemudian doctor yang merawatnya
keluar temui Kak Syidah
*********
“Kamu keluarga pesakit ke?”soal doctor
tersebut
“Saya
rakan serumahnya. Bagaimana keadaan Dhia doctor?”soal Kak Syidah pula
“Keadaanya
setabil. Awak tak perlulah risau sekarang ni dia tengah tidur. Kalau dia dah
sedar panggil saya ya.”kata doctor tersebut kemudian berlalu pergi. Kak Syidah
menemani ku malam itu. Keluarganya tidak diberi tahu kerna telah berpesan pada
Kak Syida sekiranya terjadi apa-apa padanya jangan beri tahu kecuali keadaannya
benar-benar parah sahaja.
“Aidil...Aidil”panggil Dhia Qristina dengan
mata yang masih pejam.Kak Syidah yang tertidur di sebelah turut terjaga
mendengar suaranya yang meracau-racau di dalam tidur.
“Dhia....Dhia..bangun dik”panggil Kak Syiadah
risau melihat keadaan Dhia Qristina saat itu. Kak Syidah resah melihat Dhia
yang masih belum sedar itu,tanganya diletakan di dahi serta di leher Dhia. Ya
Allah panasnya. Kak Syidah segera memanggil doctor. Tidak lama kemudian doctor
yang merawat Dhia datang. Segera Dhia diberi ubat penenang dan ubat demam
kerana suhu badannya yang terlampau panas.
Dhia
Qristina terjaga kala jam menunjukan 5.25pagi. “Kak Syidah”panggilnya lemah
“Kak Syidah”panggil Dhia lagi namun
tiada respond. Mungkin penat semalaman menjaganya. Dhia mengeluh
sendirian,kenangan semalam terlayar kembali di ruang matanya. Tanpa disedari
airmatanya mengalir laju di pipi. Begitu hebat dugaan itu. Tanpa sempat dirinya
ingin merasa kebahagian pantas hatinya dibaluti kelukaan yang teramat
menyakitkan,sungguh tak sangka bertapa kejamnya dia di perlakukan sebegitu.
‘Awak tegarnya awak melakukan saya sebegini. Kenapa awak buat saya macam ni
awak?apa salah saya pada awak?’soal Dhia Qristina sendirian. Makin kuat
esakannya menghembuskan segala kesakitan yang bersarang di hati.
“Dhia..Dhia..kenapa
ni?Dhia sakit lagi ke?kenapa menangis ni dik?”soal Kak Syidah
“Kak
sakitnya kak. Kenapa dia tipu Dhia kak?”tangis Dhia lagi
“Sabar
la Dhia.”ujar Kak Syidah lagi.
Dalam pada itu ada seseorang yang
sedari tadi memerhatikan dua rakan serumah itu. Jeng jeng jeng,siapa lagi kalau
bukan doctor yang merawat Dhia Qristina tadi. Hensem doktor ni umurnya dalam
lingkungan 26 tahun. Muda lagi dan yang paling penting belum kahwin gitu.
Wajahnya iras-iras Farid Kamil. Kenapa ek dia tercegat kat pintu tu?terpikat
dekat Dhia Qristina atau terpikat pada Kak Syidah?kalau nak tahu ikuti la
espisod seterusnya. Lupa nak cakap nama doctor tu ialah Doktor Farhan Fazli
“Assalammualaikum.”sapa
doktor Farhan Fazli. Manisnya senyuman dia.
“Waalaikumsalam”jawap
kami serentak
“Dhia macam mana hari feeling better?” soal doktor tu lagi.
Dia macam biasa melakukan kerja-kerja rutinnya. Dhia hanya tesenyum.
“Suhu
badan Dhia nampaknya masih belum berkurangan. So saya terpaksa tahan Dhia untuk dua atau tiga
hari lagi sehingga keadaan Dhia setabil”kata doctor muda itu lagi.
“Ala kak Dhia tak nak duduk kat hospital
ni. Akak kan tahu Dhia memang tak suka duduk hospital. Dhia tak nak kak. Dhia
tak nak.”ujar Dhia Qristina dalam tangisan. Kenapalah sekarang ni air mata ku
begitu mudah mengalir?
“Akak tahu dik. Tapi ni la satu-satu caranya
tuk adik sembuh. Lagi pun kalau balik adik bukan reti nak jaga kesihatan. Sibuk
dengan buku sekolah,sibuk dengan buku novel.”bebel Kak Syidah. Nak atau pun
tidak terpaksalah Dhia tinggal dihospital ini untuk berberapa hari lagi. Orang
yang setia menemainya setiap hari adalah Kak Syidah. Kadang kala ada juga
rakan-rakan sekelasnya yang lain datang menanyakan khabar.
*******
Petang itu Dhia bersiar-siar sendirian
di laman hospital. Bosan duduk di wad. Sengaja dia suruh jururawat itu
tinggalkannya sendirian disitu. Hujan merintik tiba-tiba. Dhia
kegelisahan,’Mana nurse ni kang basah kehujanan aku kat sini’entah di mana silapnya
kerusi roda yang dudukinya itu tergelincir. Saat itu Dhia Qristina hanya mampu
memejamkan mata. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menyambut tubuhnya dari
terjatuh ke bawah. Hospital ni teletak diatas bukit tapi tak ada la tinggi
mana. Dhia Qristina segera membuka mata dan matanya bertemu dengan mata orang
yang menyambut tubuhnya itu. Tengku Aidil Syahriz rakan sekelas yang sama
jurusan denganya. Terpaku ku pada pandangan matanya.
“Dhia...Dhia...awak tak apa-apa?”soalnya.
Tiba-tiba
tubuh Dhia lemah dan tidak lagi sedar lagi. Hujan turun dengan lebatnya,melihat
akan keadaan Dhia itu Tengku Aidil Syahriz segera mengendong Dhia Qristina
membawanya ke dalam hospital.